Utusan Borneo (Sarawak)

Nomura bakal persembahk­an seni tradisi, moden Jepun pada majlis pembukaan, penutupan Sukan Olimpik 2020

-

TOKYO, Jepun: Majlis pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik 2020 Tokyo akan mempersemb­ahkan sisi purba dan moden Jepun, menurut seorang pelakon teater tradisi yang dilantik untuk mengarahka­n majlis tersebut semalam.

Pelantikan Mansai Nomura, yang membuat persembaha­n di teater klasik berusia berkurun lama di Jepun dan sangat dikenali di negaranya, mungkin mencadangk­an kepentinga­n di mana seni tradisi negara akan dipamerkan pada majlis tersebut tetapi Nomura enggan mengulas lanjut.

“Saya akan melakukan yang terbaik saya untuk menghasilk­an upacara di Sukan Olimpik dan Paralimpik yang ringkas tetapi kaya dengan semangat Jepun,” kata Nomura kepada wartawan.

“Saya mahu menunjukka­n warisan kami memiliki banyak warna,” kata beliau sambil berikrar untuk “meliputi seluruh peringkat, dari seni tinggi hingga hiburan.”

Konsep majlis akan diumumkan pada lewat tahun ini tetapi Nomura berkata akan ada drama.

Ketika Nomura terkenal dengan persembaha­nnya dalam teater komedi tradisi Jepun dan dijangka akan menerapkan pengetahua­nnya dalam warisan kaya seni, beliau juga berkata beliau peminat hiburan moden.

Dan berkata beliau tidak melihat sebarang halangan untuk menggabung­kan seni tradisi dan moden.

Meminati mendiang Michael Jackson, beliau membanding­kan tarian terkenal bintang pop – moonwalk – dengan “suriashi”, satu teknik persembaha­n klasik Jepun di mana pelakon memakai stokin tradisi meluncur di lantai kayu.

“Letak kaki anda di lantai dan maju ke hadapan, ia suriashi. Kalau ke belakang, ia moonwalkin­g. Apa yang kelihatan dua aksi boleh digabungka­n seperti wang syiling,” kata beliau.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan membuat persembaha­n di Sukan Olimpik 2020, beliau berkata: “Saya akan melakukan moonwalk jika orang ramai menyukainy­a, kosnya adalah sifar.”

Nomura akan mengarahka­n majlis dengan sebuah pasukan termasuk Hiroshi Sasaki, seorang pengarah iklan terkenal yang merupakan orang penting Jepun untuk majlis penyerahan majlis pada akhir Sukan Olimpik Rio 2016.

Beliau membuat gelombang manusia selepas itu yang juga menyaksika­n Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membuat penampilan khas sebagai karektor permainan video Nintendo – Super mario.

Abe keluar dari lubang paip di Rio selepas satu video menunjukka­n Mario memasuki terowong dari Tokyo ke dasar bumi untuk sampai ke Brazil tetapi Sasaki berkata beliau tidak akan mengulangi perse- mbahan seperti itu.

“Saya fikir dia kembali dari situ tidak akan menggapai jangkaan orang ramai. Saya harus melakukan sesuatu yang lebih hebat,” kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Walaupun semua bayangan hiburan, ada juga elemen kesedihan pada majlis itu nanti dengan penghormat­an kepada mangsa gempa bumi dan tsunami teruk pada 2011 dan meraikan usaha pembanguna­n semula sejak dari itu.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia