Utusan Borneo (Sarawak)

Dojang mahu tarik lebih ramai pelatih Golongan belia dipelawa untuk mempelajar­i dan mendalami seni pertahanan diri taekwondo

- Oleh Ghaz Ghazali

KUCHING: The Petra Jaya Taekwondo Dojang mahu menarik lebih ramai golongan belia untuk mempelajar­i dan mendalami seni pertahanan diri dari Korea itu.

Ketua jurulatih Persatuan Taekwondo Global Sarawak, Abang Ahmad Zaini Abang Fauzan berkata dojang atau pusat latihan yang terletak di Bandar Baru Samariang di sini dibuka pada April tahun ini.

“Satu sesi ujian diadakan di sini minggu lalu melibatkan 44 pelatih tempatan. Sesi ini diseliakan oleh saya sendiri dan ketua jurulatih dojang ialah Ismaili Suhaili,” katanya ditemui di sini semalam.

Abang Ahmad Zaini memiliki tahap kepakaran tali pinggang hitam bertaraf 6 Dan daripada Persekutua­n Taekwondo Sedunia (ITF) berkata, di samping mahu menarik lebih ramai ahli, penubuhan dojang juga bertujuan melatih penggiat taekwondo tempatan supaya menjadi insan yang cekal dan berdisipli­n, berdasarka­n latihan serta prinsip disiplin diterapkan melalui seni pertahanan diri itu.

Petra Jaya Taekwondo Dojang yang dikendalik­an oleh Ismaili adalah di bawah Persat- uan Taekwondo Global Sarawak, beribu pejabat di Sibu.

Ismaili memiliki tali pinggang hitam bertaraf 4 Dan.

Mereka yang berminat sama ada mempelajar­i atau memperkuku­h asas masing-masing dalam taekwondo boleh singgah di Petra Jaya Taekwondo Dojang di tingkat satu, Lot 5580/ SL 11 di Bandar Baru Samariang, Jalan Sultan Tengah di sini.

Satu sesi ujian diadakan di sini minggu lalu melibatkan 44 pelatih tempatan. Sesi ini diseliakan oleh saya sendiri dan ketua jurulatih dojang ialah Ismaili Suhaili. Abang Ahmad Zaini Abang Fauzan Ketua jurulatih Persatuan Taekwondo Global Sarawak

 ??  ?? PELATIH: Abang Ahmad Zaini (berdiri, dua kanan) dan Ismaili (berdiri, kiri) bersama pelatih sebelum sesi ujian di Dojang, Bandar Baru Samariang.
PELATIH: Abang Ahmad Zaini (berdiri, dua kanan) dan Ismaili (berdiri, kiri) bersama pelatih sebelum sesi ujian di Dojang, Bandar Baru Samariang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia