Utusan Borneo (Sarawak)

Hina Malaysia: FAM hantar bantahan kepada AFF, AFC

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menghantar surat bantahan kepada Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) susulan tindakan penyokong Indonesia menghina Malaysia pada Kejuaraan AFF Bawah 16 Tahun (B-16) di Indonesia, kelmarin.

Penyokong tuan rumah bertindak menghina nama Malaysia dan menyanyika­n ‘chant’ berbunyi ‘Malaysia itu anjing’ pada aksi sulung skuad kendalian ketua jurulatih, Raja Azlan Shah Raja So’ib berdepan Thailand di Stadium Joko Samudro, Surabaya menyaksika­n skuad negara tewas 1-2.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataan semalam berkata tindakan melampau penyokong Indonesia itu satu penghinaan besar terhadap nama negara.

“Saya sependapat dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan mantan presiden FAM apabila baginda turut berasakan apa yang dilakukan penyokong tuan rumah itu cukup melampau.

“Justeru tindakan menghantar surat bantahan kepada AFF dan AFC ini kita lakukan dengan segera supaya dua pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara sama tidak berulang apabila skuad B-16 negara turun pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Brunei pada Jumaat,” katanya.

Menurut Stuart, bagi memastikan kawalan keselamata­n skuad negara lebih terjamin, FAM bertindak untuk menghantar Exco FAM, ACP Md Dali Wahid yang juga seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke sana bagi membuat penilaian terhadap segala langkah keselamata­n yang dilakukan oleh pihak penganjur.

“Jika didapati tuan rumah dan penganjur sekadar mengambil ringan berhubung isu ini, FAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih drastik selepas ini,” katanya.

Beliau berharap pihak AFF dan AFC akan bertegas berhubung perkara itu memandangk­an Malaysia juga pernah didenda AS$30,000 (RM121,702) susulan ‘chant’ menghina Brunei dan Singapura oleh penyokong negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika perlawanan acara bola sepak lelaki. — Bernama

 ??  ?? ISWANDI
ISWANDI
 ??  ?? RAI KEJAYAAN: SHOAW A meraikan kejayaan bersama Song (barisan belakang, empat kiri), Presiden KRFC, Ahmad Yusop Shah Mokshen (kiri), Dick (dua kanan) dan tetamu lain.
RAI KEJAYAAN: SHOAW A meraikan kejayaan bersama Song (barisan belakang, empat kiri), Presiden KRFC, Ahmad Yusop Shah Mokshen (kiri), Dick (dua kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia