Utusan Borneo (Sarawak)

SMK SHOAW mengekalka­n status sebagai kuasa ragbi

-

KUCHING: SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) mengekalka­n statusnya sebagai kuasa ragbi di bahagian Kuching selepas menjuarai Pertanding­an Ragbi KRFC Sevens yang berakhir di Padang Ragbi Song Kheng Hai pada Ahad lalu.

Pasukan itu menewaskan MRSM Kuching dengan 295 dalam aksi final Cup bagi kategori bawah 18 tahun.

SHOAW B pula berpuas hati dengan memenangi aksi final Bowl selepas menjinakka­n KRFC Kittens 29-5.

Kolej Abdillah meraih trofi Plate Bawah 18 Tahun selepas menundukka­n SMK Asajaya 12-10 sementara SMK Sungai Maong ditabalkan selaku juara Spoon.

Pasukan bawah 14 tahun SHOAW turut menaiki podium selepas tunduk 5-20 kepada SMK Tun Ismail dari Johor dalam perlawanan akhir Cup.

Manakala pasukan B mereka muncul juara kategori Bowl dengan mengatasi SAKURA 22-0.

Sejumlah 15 pasukan, lapan dalam kategori bawah 14 tahun dan tujuh kategori bawah 18 tahun mengambil bahagian pada kejohanan anjuran KRFC sejak 2000.

Ia bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu kalangan pelajar sekolah menengah dalam sukan ragbi.

Hadiah utama disampaika­n oleh Presiden Kesatuan Ragbi Sarawak, Richard Song dan Bendahari Kelab Rugbi Kuching (KRFC), Dick Bentham.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisyam Muhammad dan penaja Osman Razali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia