Utusan Borneo (Sarawak)

Jodoh sempurna dalam telemovie di TV2

-

PENCARIAN cinta sejati demi mencapai keinginan jodoh sempurna sememangny­a diimpikan semua orang. Jodoh tidak pernah salah orang.

Hakikatnya jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia ketentuan Allah dan tiada siapa yang boleh mengubahny­a. Namun ia juga tidak akan datang sendiri jika seseorang itu tidak berusaha mendapatka­nnya.

Kupasan menarik tentang pencarian jodoh sempurna ini dihidupkan dalam sebuah telemovie bertajuk ‘Lakarkan Cinta’ yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 10 Ogos ini, jam 9.30 malam hanya menerusi saluran TV2.

Menampilka­n gandingan pelakon utama Fathia Latiff, Afiq Muiz, Fauzi Nawawi dan Zulin Aziz, telemovie ini mengisahka­n watak gadis bernama Adriana seorang yang jujur dan beliau memulakan fotografi sebagai bidang perniagaan­nya. Beliau turut dibantu oleh seorang rakan kenalan, Amy.

Pada masa yang sama Adriana juga berkenalan dengan Syahren yang pernah belajar bersamanya sejak sekolah menengah. Kini hubungan persahabat­an antara mereka dieratkan lagi menjadi rakan perniagaan.

Masa berlalu dan tanpa diduga mereka mula menjadi rapat dan jatuh cinta. Tetapi Amy yang bekerja dengan Adriana adalah kekasih pertama Syahren dan Adriana sangat sedih apabila mengetahui perkara itu.

Apabila diketahui Adriana, Amy menceritak­an kisah percintaan­nya dengan Syahren. Adriana rasa serba salah dan dia mahu menyatukan kembali hubungan antara Amy dengan Syahren.

Sementara itu bapa Adriana membelikan tiket kapal terbang untuk Adriana melancong ke negara Turki.

Di Turki Adriana berkenalan dengan pemuda bernama Reza yang sebenarnya adalah adik kandung Syahren.

Ceritanya Reza melarikan diri ke Turki kerana ingin menjadi seorang pelukis. Dia berkeras tidak mahu menjadi seorang jurutera seperti dimahukan oleh abangnya. Justeru dia nekad melarikan diri semata-mata mengejar cita-citanya itu.

Adriana dan Reza kemudianny­a balik ke Malaysia. Janji Adriana bahawa beliau akan minta bapanya yang juga seorang peminat lukisan untuk menolong Reza menjadi seorang pelukis yang bertauliah. Reza pula teruja dengan tawaran diberikan Adriana itu.

Sementara itu Syahren akhirnya telah sedar kesilapann­ya dan mula berbaik dengan Amy. Syahren juga terkejut melihat Reza dan Adriana menjalinka­n hubungan yang rapat.

Adakah Reza rela menerima hakikat adiknya menjadi pelukis?

Dan adakah dia sudi menerima Adriana sebagai bakal adik iparnya?

 ??  ?? WATAK UTAMA: Fathia Latiff dan Afiq Muiz watak utama dalam telemovie ‘Lakarkan Cinta’.
WATAK UTAMA: Fathia Latiff dan Afiq Muiz watak utama dalam telemovie ‘Lakarkan Cinta’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia