Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu ketiga, Jumaat ini

-

MINGGU kedua Super Spontan Xtravaganz­a membawa sedikit kelainan apabila menyaksika­n tempat Dato’ AC Mizal selaku pengacara telah digantikan (untuk minggu kedua sahaja) oleh juara Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli.

Suasana bertambah gamat dengan kehadiran duo popular, Johan dan Zizan atau dikenali sebagai Jozan, yang memanaskan kerusi juri. Turut memeriahka­n permainan spontan minggu lalu adalah Ozlynn dan Khir Rahman selaku pemain jemputan. Dalam kemeriahan tersebut, kumpulan Lobster Leleh terpaksa pasrah melepaskan seorang pemainnya, Jaa Suzuran apabila kumpulan yang diketuai oleh Reza Zainal itu sekali lagi mendapat undian terendah pada minggu kedua. Nampaknya, kumpulan Sotong Kangkung semakin mengukuhka­n corak permainan lawak spontan mereka untuk terus memikat hati juri dan penonton. Pastinya Lobster Leleh menggalas cabaran yang lebih besar untuk mengubah nasib mereka pada minggu ini. Mampukah mereka? Sama-sama kita saksikan Super Spontan Xtravaganz­a yang kini berada dalam minggu ketiganya pada Jumaat ini (3 Ogos 2018), yang dipancarka­n secara langsung dari Panggung Percubaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang bermula jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124).

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Juara Super Spontan Xtravaganz­a akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Naib Juara pula akan membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi, Tempat Ketiga (RM25,000 dan sebuah trofi), manakala Tempat Keempat, Tempat Kelima dan Tempat Keenam masing-masing RM5,000.

 ??  ?? JURI JEMPUTAN MINGGU LEPAS: Duo popular, Johan dan Zizan atau dikenali sebagai Jozan memanaskan kerusi juri pada minggu lepas.
JURI JEMPUTAN MINGGU LEPAS: Duo popular, Johan dan Zizan atau dikenali sebagai Jozan memanaskan kerusi juri pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia