Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran hutan California merayu diselamatk­an sebelum maut

-

CHICAGO: Seorang pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) kelmarin menolak untuk memfailkan dakwaan jenayah terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan maut terhadap seorang suspek bersenjata yang membawa mereka ke dalam insiden kejar mengejar sambil menjerit “jangan tembak saya”.

Kenyataan pihak berkuasa pada malam Ahad lepas bagi rakaman kamera badan pada anggota polis dalam kejadian tembakan pada Jun di Minneapoli­s, melibatkan seorang suspek kulit hitam dan anggota polis kulit putih, menimbulka­n ketegangan di bandar Midwestern.

Ia adalah kes terbaharu yang menunjukka­n hubungan tegang di antara komuniti kulit hitam dan agensi penguatkua­saan undang- undang di sekitar AS.

Rakaman menunjukka­n Thurman Blevins berusia 31 tahun, bersenjata­kan pistol, melarikan diri dari anggota polis dan menjerit “tolong jangan tembak saya” dan “lepaskan saya”.

Blevins telah mengeluark­an senjata dari poket seluarnya dan berpaling ke arah anggota polis tersebut sebelum mereka melepaskan 14 das tembakan, menurut pejabat pendakwa raya Hennepin County.

Blevins kemudian jatuh dan darah mulai berkumpul di bahagian bawah badannya, ketika seorang anggota polis menendang jauh pistolnya yang telah jatuh ke atas tanah.

“Blevins mewakili satu bahaya kepada nyawa anggota polis,” Pendakwa Raya negeri Mike Freeman menyatakan dalam satu kenyataan bertulis.

“Keputusan mereka untuk menggunaka­n kekerasan terhadap Blevins di bawah keadaan tersebut adalah dibenarkan,” katanya. — AFP REDDING: Seorang budak lelaki merayu untuk diselamatk­an sebelum meninggal dunia bersama dua orang lagi dalam kebakaran hutan California, seorang anggota keluargany­a yang marah menceritak­an kelmarin, sementara mangsa terselamat lain yang masih dalam ketakutan memberitah­u tentang tindakan mereka melepaskan diri dari “puting beliung” api.

Ribuan anggota bomba di California telah mencapai sedikit perkembang­an dari beberapa kebakaran berskala besar yang telah menukarkan kira-kira 200,000 ekar menjadi sebuah kawasan buangan debu, memusnahka­n rumah mewah, dan membunuh lapan anggota bomba dan orang awam di negeri paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) itu.

Kebakaran terburuk, Carr Fire di utara California, telah mengorbank­an enam orang sejak Khamis, termasuk seorang wanita berusia 70 tahun dan dua cicitnya berusia empat dan lima tahun. Mereka terkorban ketika api memusnakan rumah mereka di Redding.

Media tempatan mengenal pasti mangsa sebagai Melody Bledsoe dan kanak- kanak tersebut, Emily Roberts dan James Roberts, dikenali sebagai “Junior”.

“Saya telah berbual dengan Junior dalam telefon ‘ sehingga dia meninggal dunia,” suami Melody, Ed Bledsoe memberitah­u CN, menceritak­an semula kata- kata terakhir budak lelaki itu, adik perempuann­ya dan isteri Bledsoe.

“Dia menyatakan ‘datang ke sini dan ambil saya, api telah masuk dari pintu belakang. Cepatlah datang, atuk,’” kata Bledsoe, denga suaranya kedengaran terketar-ketar.

Namun dia tidak dapat pergi ke sana tepat pada masanya untuk menyelamat­kan mereka.

“Saya telah lama menjadi penduduk dalam kopmuniti ini, dan saya tidak pernah melihat satu kebakaran dengan kemusnahan sebegini di kawasan ini sebelum ini,” Penyelia Shasta County Leonard Moty menyatakan tentang Carr Fire.

Alyce Macken berkata dia hanya mempunyai masa beberapa minit untuk melarikan diri bersama dengan suaminya Ted dari api yang merebak menghampir­i rumahnya di Redding.

Seorang pegawai syerif telah mengetuk pintu rumah dan memberi masa selama 15 minit untuk meninggalk­an rumah, Macken memberitah­u AFP.

“Kami telah keluar dalam masa 10 minit. Saya berasa menggeleta­r, ia telah berlaku dengan begitu pantas,” kata pesara tersebut.

Macken memberitah­u AFP bahawa dia menemui jiran tetangga lain yang berada dalam keadaan panik di sebuah pusat beli-belah berhampira­n – dan melihat dari jauh semasa rumahnya dimamah api.

“Ia adalah seperti satu taufan yang mempunyai api di dalamnya dan ia telah melalui bukit dan ia memusnahka­n rumah kami, ia memusnahka­n rumah jiran kami,” katanya.

Kira- kira 38,000 orang telah dipindahka­n di Shasta County disebabkan oleh Carr Fire, kata pihak berkuasa, walaupun beberapa arahan pemindahan telah ditarik balik.

Sepanjang hujung minggu, Presiden AS Donald Trump telah meluluskan permintaan California untuk bantuan persekutua­n bagi menangani kebakaran dan membantu mangsa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Anggota bomba memerhati ketika sebuah bangunan diselubung­i api semasa kebakaran Mendocino Complex di Lakeport, California kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Anggota bomba memerhati ketika sebuah bangunan diselubung­i api semasa kebakaran Mendocino Complex di Lakeport, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia