Utusan Borneo (Sarawak)

Turki sangkal dakwaan cuba ‘menculik’ guru di Mongolia

-

ANKARA: Turki kelmarin menolak dakwaan ia cuba menculik seorang guru dari Mongolia mempunyai hubungan dengan ketua sebuah pergerakan pengganas Ankara dituduh mencetuska­n cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.

Pihak berkuasa Mongolia pada Jumaat lepas telah menahan sebuah jet tentera udara Turki yang disyaki selepas beberapa saksi menyatakan penyerang telah menculik seorang lelaki dikaitkan dengan kumpulan yang diketuai oleh ulama Fethullah Gulen yang berada di Amerika Syarikat.

Veysel Akcay, ketika ditanya siapa yang mendalangi cubaan penculikan­nya, beliau hanya menjawab: “Saya tidak tahu.”

Lelaki berudia 50 tahun itu adalah pengarah sebuah sekolah di Mongolia yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Gulen, walaupun guru di sana menafikan hubungan ketika menjawap soalan daripada AFP.

“Kami berasa sangat tidak selesa dengan kenyataan mengenai kejadian Jumaat lepas... telah dikatakan sebagai satu operasi penculikan,” jurucakap kementeria­n luar Turki Hami Aksoy menyatakan dalam satu kenyataan.

“Semua dakwaan tersebut adalah palsu dan kami menafikann­ya.”

Seramai lima lelaki telah menculik Akcay dari luar rumahnya di bandar utama Ulaanbaata­r di Mongolia pada pagi Jumaat dan menolak beliau masuk ke dalam sebuah bas mini, meurut rakan dan saksi kejadian.

Timbalan menteri luar Mongolia Battsetseg Batmunkh memberi amaran kepada pegawai kedutaan Turki pada Jumaat lepas bahawa sebarang cubaan untuk menculik seseorang dari wilayah Mongolia adalah bersamaan dengan “pencabulan serius terhadap kemerdekaa­n dan kedaulatan Mongolia”.

Pesawat yang dipersoalk­an kemudian berlepas pada lewat Jumaat tanpa Akcay di dalamnya.

Rampasan kuasa yang ditangguhk­an di Turki pada Julai 2016 telah dipersalah­kan oleh pihak berkuasa terhadap pergerakan Gulenist – sebuah kumpulan yang dikatakan sebagai “pengganas” oleh Turki – dan mendesak kebangkita­n paling besar dalam sejarah moden negara, termasuk penahanan kira-kira 80,000 orang.

Gulen menafikan sebarang kaitan dengan rampasan kuasa dan menegaskan beliau mengetuai sebuah kumpulan Islam bersifat sederhana.

Kementeria­n dalam negeri kelmarin menyatakan 50 pengikut Gulenis telah “dihantar” ke Turki dari bahagian berbahasa Turki di pulau Cyprus, lapor agensi berita Anadolu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia