Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 500 pendaki selamat turun dari Gunung Rinjani

- Muka

MATARAM: Lebih 500 pendaki dan pemandu arah mereka berjaya dibawa turun dari sebuah gunung berapi Indonesia selepas gempa bumi berbahaya menyebabka­n tanah runtuh yang memerangka­p mereka di atas gunung, kata pihak berkuasa semalam.

Bertan-tan batu dan lumpur telah jatuh di Gunung Rinjani dalam gempa bumi sekuat 6.4 magnitud, yang berlaku pada awal pagi Ahad dan telah diikuti dengan beberapa gegaran susulan, menghalang laluan pendakian yang silang-menyilang di gunung tersebut.

Kira- kira 560 pendaki pada mulanya dilaporkan sebagai terkandas, termasuk rakyat dari Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Thailand dan Jerman, dan beberapa orang lagi dari negara lain, menurut pegawai pencari dan penyelamat.

“Seramai 543 pendaki telah dibawa turun – mereka sudah sampai malam semalam,” jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho memberitah­u AFP.

“Sekarang terdapat enam orang lagi yang tinggal... mereka semua dalam keadaan sihat dan selamat.”

Pendaki mampu melakukan pendakian turun kelmarin selepas pemandu arah menemui laluan alternatif yang tidak terjejas oleh tanah runtuh.

Kebanyakan pendaki telah sampai ke bes gunung tersebut pada lewat petang kelmarin, menurut I Gusti Lanang Wiswananda, seorang jurucakap bagi agensi mencari dan menyelamat Mataram.

“Mereka semua dalam keadaan letih, namun berada dalam keadaan baik dan sudah diperiksa oleh pasukan perubatan kami sebaik sahaja mereka sampai,” kataya.

Wiswananda menyatakan seorang pendaki Indonesia telah meninggal dunia di atas gunung, dan satu pasukan penyelamat seramai 30 orang telah mengiringi enam pendaki yang masih ada menuruni dari Tasik Segara Anak, berhampira­n dengan puncak Rinjani.

Beratus-ratus pendaki lain berjaya turun dari gunung pada Ahad lepas, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 189 pelancong asing, 173 pelancong domestik dan 181 porter dan pemandu arah sudah sampai ke bes gunung pada malam semalam, menurut Sutopo.

Terletak setinggi kira-kira 3,726 meter di atas paras laut, Rinjani merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan sebuah kawasan kegemaran di kalangan pelawat yang berminat untuk merakamkan pemandanga­nnya yang menarik. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Antara Foto/Reuters ?? SELAMAT TURUN: Sekumpulan pendaki warga asing dan Indonesia dilihat berjalan turun dari Gunung Rinjani di kampung Sembalun di Lombok Timur, Indonesia, kelmarin.
— Gambar Antara Foto/Reuters SELAMAT TURUN: Sekumpulan pendaki warga asing dan Indonesia dilihat berjalan turun dari Gunung Rinjani di kampung Sembalun di Lombok Timur, Indonesia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia