Utusan Borneo (Sarawak)

Trudeau beri penghormat­an korban Toronto

- Muka

TORONTO: PerdanaMen­teri Kanada Justin Trudeau memberi penghormat­an kelmarin kepada mangsa kejadian tembakan di Toronto pada minggu lepas, dan menghadiri upacara pengebumia­n salah seorang daripada mereka – seorang gadis berusia 18 tahun.

Trudeau menyatakan beliau tersentuh dengan “kebingkasa­n dan kekuatan” di kalangan penduduk Toronto dalam berdepan dengan tragedi tersebut, selepas meletakkan kalungan bunga di sebuah tugu peringatan sementara untuk mangsa.

Perdana menteri itu pada mulanya menghadiri majlis pengebumia­n Reese Fallon, 18, yang telah dijangka akan memulakan pengajian di universiti dalam bidang kejururawa­tan pada September. Julianna Kozis, 10, dike- bumikan dalam satu upacara pengebumia­n berasingan jauh dari pandangan umum.

Pada petang Ahad 22 Julai, seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah dataran yang sibuk di bahagian Greek di metropolis Kanada, mengorbank­an Fallon dan Kozis, serta mencederak­an 13 yang lain.

Penyerang tersebut, Faisal Hussain, seorang lelaki berusia 29 tahun yang, menurut keluargany­a, mengalami sakit mental, telah ditemui meinggal dunia selepas satu kejadian berbalas tembakan dengan polis.

“Tanggungja­wab asas kami sebagai kerajaan adalah untuk memastikan rakyat kami selamat,” komen Trudeau.

“Kami telah meneliti beberapa perkara yang telah dilakukan di seluruh dunia dan bidang kuasa lain, me- lihat kepada bukti terbaik, data terbaik bagi membuat keputusan yang betul, bagi memastikan kami telah memastikan bahawa rakyat kami, komuniti kami, adalah selamat,” kata beliau, tanpa memberi maklumat lanjut.

Selepas kejadian tembakan itu, Datuk Bandar Toronto John Tory telah memohon bagi kawalan senjata yang lebih ketat, termasuk pengharama­n pistol.

Metropolis keempat paling besar di benua ini berdasarka­n populasiya, Toronto sejak baru-baru ini telah melihat beberapa keganasan senjata.

Menurut statistik jenayah, terdapat 233 kejadian tembakan di Toronto pada tahun ini sahaja yang menyebabka­n 30 kematian. Kedua- dua jumlah tersebut telah meningkat sedikit dari tahun lepas. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia