Utusan Borneo (Sarawak)

Empat anggota Pussy Riot ceroboh padang Piala Dunia ditahan semula

-

MOSCOW: Polis Rusia kelmarin menahan empat anggota kumpulan punk Pussy Riot sejurus selepas mereka dibebaskan dari tahanan, setelah menjalani hukuman penjara selama 15 hari kerana menceroboh padang semasa perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow.

Seorang wartawan AFP melihat aktivis Veronika Nikulshina, Olga Kuracheva dan Olga Pakhtusova meraikan pembebasan mereka sebelum dipaksa untuk masuk ke dalam sebuah van polis beberapa saat kemudian.

Tiada penjelasan telah diberikan kepada wartawan.

Aktivis keempat Pyotr Verzilov, dibebaskan dari sebuah pusat tahanan Moscow yang lain, menyatakan dalam Twitter bahawa dia telah ditahan oleh polis pencegah rusuhan dan dibawa ke sebuah balai polis berhampira­n dengan stadium Luzhniki di mana kumpulan itu pada mulanya dibawa selepas aksi mereka ketika Piala Dunia.

“Mereka ( pihak polis) menyatakan mereka akan meninggalk­an kami di bawah penahanan utuk malam tersebut,” katanya.

Pakhtusova menghantar sebuah video dari dalam sebuah van polis, menyatakan pihak berkuasa telah menuduh kumpulan tersebut melanggar undang-undang berhubung dengan perhimpuna­n awam.

“Di depan pintu keluar pusat tahanan mereka menuduh kami melanggar undang-undang 20.2 (berhubung dengan perhimpuna­n awam). Mereka tidak menyatakan apa-apa, mereka hanya meletakkan kami di dalam sebuah van dan membawa kami pergi,” jelasnya.

Pada awal bulan ini mahkamah Moscow menjatuhka­n hukuman penjara selama 15 hari di dalam sel polis terhadap aktivis tersebut dan turut mengharamk­an mereka dari mengunjung­i kawasan acara sukan selama tiga tahun.

Keempat- empat mereka telah berlari ke dalam padang di stadium Luzniki di Moscow ketika separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia, disaksikan oleh Presiden Vladimir Putin dan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Mereka menyatakan ia sebagai satu bantahan terhadap Putin dan mengemukak­an satu senarai bagi permintaan politik, termasuk membe- baskan tahanan politik dan menghentik­an penahanan semasa rali secara aman.

Pussy Riot sangat terkenal kerana menyampaik­an sebuah lagu bantahan antiPutin di sebuah gereja tengah Moscow Februari 2012. Tiga anggota kumpulan itu telah disabitkan dengan “kesamsenga­n bermotifka­n kebencian agama” semasa satu perbicaraa­n yang menarik perhatian media global dan mendapat bantahan daripada kumpulan hak asasi.

Anggota kumpulan Nadezhda Tolokonnik­ova dan Maria Alyokhina telah dibebaskan selepas menjalani hukuman selama 22 bulan daripada tempoh dua tahun. Anggota lain yang disabitkan Yekaterina Samutsevic­h telah dijatuhkan hukuman yang ditangguhk­an. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DITAHAN SEMULA: Nikulshina, Pakhtusova dan Kuracheva yang menceroboh padang semasa perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia, berjalan keluar dari pusat tahanan selepas menjalani hukuman penjara 15 hari di Moscow, Rusia kelmarin.
— Gambar Reuters DITAHAN SEMULA: Nikulshina, Pakhtusova dan Kuracheva yang menceroboh padang semasa perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia, berjalan keluar dari pusat tahanan selepas menjalani hukuman penjara 15 hari di Moscow, Rusia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia