Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Australia mengaku bunuh ibu, bayi ditemui di dalam beg pakaian

-

SYDNEY: Seorang lelaki mengaku bersalah semalam atas tuduhan membunuh seorang ibu muda dan bayinya, di mana tulang rangka mereka ditemui di dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan raya, menamatkan sebuah kes yang membelengg­u polis dan mengejutka­n rakyat Australia.

Daniel James Holdom, 43, mengaku ke atas dua pembunuhan pada 2008 terhadap Karlie Jade Pearce-Stevenson, berusia 20 tahun ketika itu, dan anak perempuann­ya berusia dua tahun Khandalyce Kiara Pearce, ketika dia muncul di mahkamah Agung New South Wales.

Tulang Pearce-Stevenson ditemui pada 2010 di Hutan Negeri Belanglo di New South Wales, yang terkenal kerana menjadi tempat tujuh mayat pengembara dibuang semasa satu serangan pembunuh bersiri pada tahun 1990.

Polis tidak dapat mengenal pasti beliau sehingga 2015, ketika mayat anaknya ditemui oleh seorang pejalan kaki di dalam sebuah beg pakaian berhampira­n lebuh raya dekat dengan sebuah pekan kecil Australia Selatan kira-kira 1,100 kilometrer jauhnya.

Penemuan mayat bayi itu telah membawa kepada dua panggilan kepada talian kecemasan polis yang kemudian membantu penyiasat mengenal pasti pasangan itu melalui DNA.

Holdom, yang menjalin hubungan sekejap dengan Pearce-Stevenson, dituduh menghentak lehernya dan menghancur­kan kerongkong­nya sebelum meninggalk­an mayatnya di dalam hutan, lapor Daily Telegraph di Sydney, memetik dokumen mahkamah.

Polis berkata dia menyimpan gambar mayat Pearce-Stevenson sebagai satu ‘trofi’.

Beberapa hari kemudian, Holdom mendakwa dia telah membawa anak perempuann­ya ke rumah neneknya di Australia Selatan. Namun dia telah membunuh bayi tersebut, meletakkan mayatnya di dalam beg dan membuangny­a di tepi lebuh raya.

Dia akan dijatuhkan hukuman pada lewat September. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Gambar tidak bertarikh serahan Polis New South Wales pada 21 Oktober, 2015 menunjukka­n Pearce-Stevenson, yang tulang rangkanya ditemui di Hutan Negeri Belanglo di New South Wales pada 2010.
— Gambar AFP MALANG: Gambar tidak bertarikh serahan Polis New South Wales pada 21 Oktober, 2015 menunjukka­n Pearce-Stevenson, yang tulang rangkanya ditemui di Hutan Negeri Belanglo di New South Wales pada 2010.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia