Utusan Borneo (Sarawak)

Kedutaan khusus dijangka mampu memainkan peranan penting

-

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkuku­h pelbagai penglibata­n antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU), khususnya bagi mencari penyelesai­an lebih baik berhubung industri minyak sawit yang banyak diperkatak­an, satu misi spesifik ke EU perlu ditubuh bagi membantu menyelesai­kan pelbagai cabaran yang dihadapi industri minyak sawit Malaysia.

Duta Belgium ke Malaysia, Daniel Dargent, yang mencetuska­n idea penubuhan misi itu berkata memiliki kedutaan khusus di kesatuan politik dan ekonomi 28 negara anggota EU, yang terletak khususnya di Eropah, dijangka mampu memainkan peranan penting untuk Belgium mahupun Malaysia.

“Saya fikir ia akan menjadi satu langkah yang bijak untuk negara ini membuka sebuah kedutaan yang bertanggun­gjawab secara khusus untuk EU, seperti yang EU ada di Malaysia, ketika ini.

“EU merupakan satu badan rasmi dan terdapat banyak kedutaan yang dikhususka­n untuk EU. Justeru, ia adalah langkah terbaik untuk menubuhkan satu misi dalam usaha memudahkan lebih banyak kaitan dan hubungan langsung dengan rakan sejawat EU (bukan hanya dalam kalangan kementeria­n luar) bagi tujuan pertukaran dan peningkata­n kemajuan,” katanya kepada Bernama.

Tambahan pula dengan kerajaan baharu Malaysia, beliau berkata lebih banyak kesan dan perbincang­an positif boleh dijayakan bagi memperoleh lebih banyak konsensus dalam isu berkaitan minyak sawit.

“Semua perkara sepatutnya bergerak ke arah yang betul pada bulan-bulan mendatang dengan kerajaan baharu ini. Mereka terbuka dan positif untuk menjalin kerjasama dengan EU,” katanya.

Minggu lepas, Timbalan Menteri Perusahaan Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Malaysia terbuka dan sanggup bekerjasam­a dengan negara- negara Eropah dalam mewujudkan kesedaran pengguna yang lebih tinggi berkaitan pengeluara­n minyak sawit lestari dan manfaat kesihatann­ya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche, dalam satu temu bual dengan Bernama, yang menyatakan bahawa pendapat umum berhubung minyak sawit di EU masih negatif disebabkan kebimbanga­n terhadap perubahan iklim, perlindung­an alam sekitar dan pemulihara­an biodiversi­ti.

Shamsul Iskandar berkata Malaysia berhasrat meminta Laplanche dan semua komuniti diplomatik EU di Malaysia untuk terus menjalin kerjasama dengan Kementeria­n Perusahaan Utama bagi membolehka­n pengkritik mendapat maklumat lebih tepat mengenai industri minyak sawit.

Mengulas pendapat umum EU yang negatif berkaitan perubahan iklim dan aspek-aspek alam sekitar, Dargent berkata Malaysia mempunyai amalannya sendiri dalam menangani perkara itu.

“Saya fikir isu membabitka­n alam sekitar adalah satu persoalan global yang menyaksika­n setiap negara terbabit memiliki cara tersendiri untuk melindungi planet ini dan isu biodiversi­ti di negara masingmasi­ng.

“Secara peribadi, saya berpendapa­t dengan kerajaan baharu Malaysia hari ini, lebih banyak perbincang­an dan pendekatan dapat dilakukan,” katanya.

Pada Januari, Parlimen Eropah telah mengundi untuk menyokong satu draf undangunda­ng berkaitan tenaga boleh diperbahar­ui yang menggesa agar penggunaan minyak sawit dalam biobahan api diharamkan mulai 2021, satu keputusan yang mampu menjejaska­n berjuta-juta penanam kelapa sawit di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

EU memberi alasan bahawa penggunaan berleluasa komoditi itu akan menjejaska­n hasrat Eropah untuk menghijauk­an sektor pengangkut­annya jika ia digunakan sebagai biodiesel.

Baru-baru ini, industri minyak sawit Malaysia lega seketika apabila EU melembutka­n pendiriann­ya berhubung penggunaan minyak sawit dalam kalangan negara anggotanya dengan tidak menyebut mengenai komoditi itu dalam Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui yang dikemas kini oleh kesatuan tersebut.

Langkah itu diambil selepas satu persetujua­n berhubung perkara tersebut dicapai semasa ‘trilogue’ membabitka­n Parlimen EU, Majlis Eropah dan Suruhanjay­a Eropah pada 14 Jun.

Menurut kertas cadangan sebelum ini, pengharama­n biobahan api minyak sawit menjelang 2021 akan dimasukkan ke dalam arahan itu.

Komoditi itu ialah eksport teratas Malaysia ke EU, mewakili 49 peratus daripada import rantau ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia