Utusan Borneo (Sarawak)

IHPR meningkat 0.1 peratus pada Jun 2018

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar ( IHPR) bagi pengeluara­n tempatan meningkat 0.1 peratus pada asas tahun ke tahun pada Jun 2018 berbanding Jun 2017.

Angka ini juga lebih tinggi berbanding penurunan 0.4 peratus pada Mei 2018.

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan semalam, sektor yang mencatat peningkata­n dalam tempoh itu ialah perlombong­an (+33.1 peratus) dan bekalan elektrik dan gas (+1.3 peratus).

Sementara itu, indeks yang mencatat penurunan ialah pertanian, perhutanan dan perikanan (- 10.1 peratus), pembuatan (- 2.0 peratus) dan bekalan air (-0.2 peratus).

Pada asas bulanan, IHPP bagi pengeluara­n tempatan merosot 0.7 peratus pada Jun 2018, ekoran penurunan sumbangan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombong­an (- 2.8 peratus), bekalan elektrik dan gas (-0.8 peratus), bekalan air (-0.6 peratus) dan pembuatan (-0.1 peratus).

IHPR bagi pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n merosot 0.7 peratus pada Jun, sebahagian besarnya disumbangk­an oleh perubahan negatif dalam inseks bahan mentah untuk pemprosesa­n selanjutny­a (1.7 peratus), barangan siap (- 0.8 peratus) dan bahan pengantara­an, bekalan dan komponen (-0.2 peratus).

Berbanding bulan yang sama setahun lepas, IHPR pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n bagi Jun 2018 meningkat 0.1 peratus. Peningkata­n disumbangk­an oleh bahan mentah untuk pemprosesa­n selanjutny­a (+12.3 peratus).

Sementara itu, indeks barangan siap susut 3.4 peratus dan bagi bahan pengantara­an, bekalan dan komponen merosot 2.5 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia