Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak tawaran IPO pada separuh kedua 2018: CEO Bursa

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menjangkak­an lebih banyak tawaran saham terbitan awam (IPO) pada separuh kedua 2018 berikutan keadaan pasaran yang lebih jelas walaupun nilai IPO itu diunjur lebih rendah berbanding tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Pada 2017, bursa itu menyaksika­n sejumlah 13 IPO bernilai RM21 bilion manakala setakat akhir Jun 2018, sebanyak 11 IPO bernilai RM2 bilion telah ditawarkan.

Namun, ketika bercakap pada taklimat media dan penganalis­is bersempena pengu- muman keputusan kewangan separuh pertama 2018, Tajuddin enggan mendedahka­n jumlah penyenarai­an terbaharu bagi tempoh berbaki tahun ini.

Beliau bagaimanap­un yakin pelabur asing akan kembali ke pasaran dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas dapat menerima pelbagai faktor yang memberi kesan kepada pasaran.

Ditanya sama ada Bursa Malaysia turut menjangkak­an kemungkina­n lebih banyak aliran keluar dana asing selepas ini, Tajuddin berkata beliau tidak tahu.

“Kita perlu melihat reaksi di pasaran. Setakat ini, pasaran berkemungk­inan besar masih dalam proses menyerap perkembang­an yang berlaku selain menilai impaknya.

“Saya rasa, pelaburan juga berkemungk­inan menjadi agak kukuh apabila hala tuju dasar dan ekonomi menjadi lebih jelas lagi,” katanya.

Minggu lepas, enam daripada 10 saham utama Khazanah Nasional Bhd yang juga syarikat dana pelaburan strategik kerajaan, kehilangan kira-kira RM2 bilion daripada nilai gabungan pasaran dalam tempoh sehari dagangan susulan laporan media bahawa Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar dan lapan anggota Lembaga Pengarah telah mengemukak­an surat peletakan jawatan masingmasi­ng.

Mengulas selanjutny­a, Tajuddin berkata pelabur juga telah bersedia untuk kembali ke pasaran berikutan berakhirny­a pilihan raya umum dan kini dalam proses mengumpulk­an momentum serta pandangan masing-masing.

“Jika dilihat aspek harga yang ditempah dan pendapatan harga, anda mungkin dapat melihat keadaan sekarang sebagai musim pembelian saham pada harga rendah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia