Utusan Borneo (Sarawak)

Met Galleria pembanguna­n terkini KL Metropolis

-

KUALA LUMPUR: Met Galleria, ruang komersial dua tingkat, akan menjadi projek terbaharu kepada pembanguna­n Metropolis KL Naza TTDI Sdn Bhd.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi syarikat, Datuk Idzham Mohd Hashim, berkata ruang mewah dua tingkat bernilai RM160 juta itu akan menjadi pilihan utama peruncit.

“Met Galleria bermatlama­t memenuhi 350,000 penduduk sedia ada di kawasan sekitar, serta pemilik pembanguna­n kediaman yang akan datang ( di KL Metropolis), pengunjung dan pekerja dari pejabat-pejabat berhampira­n Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Met Galleria kepada pemegang kepentinga­n semalam.

Setakat ini, 15 peratus daripada pembanguna­n siap dan selebihnya dijadual siap pada suku pertama 2021.

Empat puluh peratus daripada ruang di Met Galleria akan dikhususka­n untuk makanan dan minuman, 20 peratus untuk kedai konsep runcit dan selebihnya untuk penyewa utama, perkhidmat­an dan ruang jualan jangka pendek.

Selain Met Galleria, pembanguna­n lain di KL Metropolis yang dijangka siap pada 2021 termasukla­h menara pejabat korporat MET dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM650 juta, MET 1 Residents dan Arte Mont Kiara.

Pembanguna­n KL Metropolit­an dengan GDV RM20 bilion, merangkumi kawasan seluas 30.55 hektar dan merupakan tumpuan utama pembanguna­n Naza TTDI.

“Kami membina untuk menampung permintaan tersedia dan fokus kepada usaha untuk menarik penduduk sedia ada,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia