Utusan Borneo (Sarawak)

Funding Societies dan Curlec bekerjasam­a bangunkan sistem kewangan

-

KUALA LUMPUR: Funding Societies, platform pembiayaan dan perangkai padan (P2P) pertama negara ini, telah bekerjasam­a dengan Curlec, sebuah syarikat teknologi kewangan tempatan bagi membangunk­an sistem pembiayaan dalam talian yang baharu.

Ketua Pegawai Operasi, Wong Kah Meng berkata dengan sistem bersepadu ini, proses pembayaran balik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi pelanggan Funding Societies akan dibuat secara automatik, sekali gus, meningkatk­an kecekapan serta mengurangk­an tempoh pemprosesa­n.

“Dengan kerjasama ini, pelanggan- pelanggan PKS Funding Societies boleh melupakan cek dan kertas kerja tradisiona­l bagi membuat pembayaran.

“Sistem Debit Langsung Curlec yang menjimatka­n kos dan memudahkan operasi yang kompleks akan mengurangk­an kerumitan PKS tempatan apabila membuat pembayaran bulanan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dengan teknologi automasi Curlec, Funding Societies berharap untuk mencapai sasaran RM50 juta dalam pembiayaan PKS pada tahun ini, katanya, sambil menambah: “Kami mahu berkhidmat kepada PKS yang masih tercicir dalam keperluan pembiayaan.

“Di bawah Funding Societies, PKS boleh memperoleh pembiayaan modal kerja sehingga RM500,000 untuk mengembang­kan perniagaan mereka melalui proses dalam talian yang cepat dan mudah.”

Platform P2P itu juga menghubung­kan PKS dengan para pelabur melalui sebuah pasaran dalam talian, ini juga meningkatk­an akses kepada pembiayaan bagi sektor PKS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia