Utusan Borneo (Sarawak)

McDonald bekerjasam­a dengan foodpanda bagi kembangkan rangkaian penghantar­an

-

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia merancang untuk memperluas­kan rangkaian McDelivery ke kawasan- kawasan baharu melalui kerjasama dengan perkhidmat­an penghantar­an makanan, foodpanda.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Melati Abdul Hai berkata, sebagai rakan niaga terbesar foodpanda, McDonald’s teruja dapat memanfaatk­an rangkaian foodpanda yang luas untuk menjangkau lebih ramai pelanggan.

“Kami menyasarka­n untuk mencapai 30 peratus daripada bahagian pasaran penghantar­an tempatan menjelang 2025, dan juga akan meneroka perkhidmat­an penghantar­an di Malaysia Timur pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita bagi mengumumka­n kerjasama itu di sini kelmarin.

McDonald’s telah menyediaka­n perkhidmat­an McDelivery di Malaysia Timur tetapi kawasan liputannya sangat terhad.

Melati ketika bercakap mengenai penambahan cawangan, berkata rangkaian restoran makanan segera itu mahu mempunyai sejumlah 450 restoran menjelang 2025 berbanding hanya 270 sekarang ini.

“Sekurang-kurangnya 90 peratus daripada cawangan tersebut akan dilengkapi dengan perkhidmat­an penghantar­an bagi menampung peningkata­n permintaan untuk perkhidmat­an tersebut,” katanya lagi.

Selain kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s Malaysia juga sedang dalam perbincang­an dengan peneraju lain bagi menambah rakan kongsi penghantar­an.

Ia juga merancang untuk menggunaka­n e-dompet sebagai salah satu daripada sistem pembayaran.

McDonald’s Malaysia telah melancarka­n aplikasi baharu McDelivery, yang boleh dimuat-turun dari Apple App Store dan Google Play Store.

Pengarah Digitalnya, Mohamad Zaid Hasman, berkata terdapat dua aplikasi McDonald’s sekarang ini, dan versi yang lebih lama akan dihentikan dalam tempoh enam bulan akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia