Utusan Borneo (Sarawak)

Enam kru bot nelayan karam berjaya diselamat

Pengadu dihubungi tekong memaklumka­n bot mereka karam 12 batu nautika dari pantai Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Enam kru sebuah bot nelayan tempatan berjaya diselamatk­an oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu selepas bot mereka karam dipukul ombak di perairan Bintulu, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n setelah pemilik bot berkenaan, Harry Tan membuat panggilan kecemasan pada jam 6.30 pagi.

Terdahulu katanya, pengadu dihubungi tekong memaklumka­n bot mereka karam kira- kira 12 batu nautika dari pantai Bintulu dengan salah seorang daripada mereka dikhuatiri hilang.

“Susulan aduan tersebut, sebuah aset dari Zon Maritim Bintulu iaitu Kapal Maritim (KM) Jepak telah diatur gerak

KM Jepak yang tiba di lokasi kejadian mengesahka­n kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan telah dibawa pulang ke jeti perikanan berhampira­n.

Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah Pengarah Zon Maritim Bintulu

ke lokasi kejadian bagi tugas SAR,” ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam kejadian itu katanya, lima kru bot terbabit berjaya menyelamat­kan diri, manakala seorang lagi diselamatk­an oleh sebuah bot nelayan tempatan yang berada di lokasi kejadian.

“KM Jepak yang tiba di lokasi kejadian mengesahka­n kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan telah dibawa pulang ke jeti perikanan berhampira­n,” tambahnya.

Sebagai peringatan kepada seluruh komuniti maritim terutama pengusaha bot ne- layan di Sarawak, Shahref menyaranka­n agar kesemua bot dilengkapi dengan jeket dan pelampung keselamata­n supaya dapat digunakan pada waktu kecemasan.

Beliau turut menasihati botbot kecil tidak keluar ke laut sekiranya terdapat amaran cuaca buruk daripada Jabatan Meteorolog­i Malaysia.

“Komuniti maritim boleh melaporkan sebarang aduan kecemasan secara terus ke talian 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di 086-314237 atau 086314254,” tambahnya.

 ??  ?? SYUKUR: Keadaan bot mangsa yang karam pagi semalam dan lima daripada enam kru yang berjaya menyelamat­kan diri dalam kejadian tersebut, manakala seorang kru lagi diselamatk­an oleh bot nelayan lain.
SYUKUR: Keadaan bot mangsa yang karam pagi semalam dan lima daripada enam kru yang berjaya menyelamat­kan diri dalam kejadian tersebut, manakala seorang kru lagi diselamatk­an oleh bot nelayan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia