Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan palsu, dua lagi individu direman untuk bantu siasatan

-

KUCHING: Dua lagi individu yang juga pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan perkhidmat­an atau pembekalan kepada Biro Tatanegara Sarawak (BTN) di sini, semalam.

Perintah tahanan reman selama enam hari terhadap pasangan berusia 47 dan 53 tahun itu dikeluarka­n Majistret Muhammad Syukri Mokhtar yang membenarka­n permohonan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan terbabit merupakan individu terbaharu ditahan SPRM pada jam 3 dan 4.20 petang kelmarin di pejabat SPRM Sarawak bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan yang melibatkan jumlah RM600,000.

Mereka merupakan individu keenam dan ketujuh direman selepas lima individu iaitu tiga lelaki dan wanita turut direman bagi membantu siasatan kes terbabit sebelum ini.

Dalam kenyataan media sebelum ini, lima individu berkenaan termasuk dua bekas Penolong Pengarah Kanan BTN Sarawak ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka dipercayai bersubahat mengemukak­an dokumen yang mengandung­i butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja membabitka­n 43 syarikat di seluruh Sarawak.

Siasatan mendapati kirakira 70 peratus daripada perkhidmat­an atau pembekalan yang didakwa dilaksanak­an syarikat terbabit adalah tidak wujud atau tidak dilaksanak­an dalam tempoh ditetapkan.

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN SPRM: Pasangan suami isteri terbabit yang diperintah reman enam hari.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN SPRM: Pasangan suami isteri terbabit yang diperintah reman enam hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia