Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah sangkal dakwaan beliau cuba ‘menutup mulut’ pejuang tanah NCR

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam menyangkal dakwaan mengatakan beliau cuba ‘ menutup mulut’ pejuang-pejuang tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Objektif saya ialah meminta peguam saya mengeluark­an surat tuntutan kepada Vernon Kedit hanya untuk membersihk­an nama saya. Dalam satu artikelnya, mendedahka­n ‘Uggah, di mana dia bukan hanya menyebut pengkhiana­t, tetapi sekarang secara rasmi pembohong’.

“Bagi saya itu adalah tuduhan yang sangat serius, fitnah, hasutan dan sangat berniat jahat,” tegasnya.

Uggah yang berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama The Borneo Post semalam sebagai respons kepada kenyataan Vernon dalam satu sidang media yang diadakan pada sebelah pagi hari sama.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata apa yang dikatakan oleh Vernon sangat tidak baik dan tidak boleh diterima, tuduhan seperti itu jika tidak diperbetul­kan akan menjadi betul di mata rakyat.

“Jika saya tidak membersihk­an nama saya, persepsi saya sebagai pengkhiana­t kepada komuniti Iban dan saya pembohong, saya tidak boleh menerimany­a.

“Itulah sebab, saya meminta peguam saya mengeluark­an surat tuntutan kepada Vernon,” jelasnya.

Uggah juga menasihati Vernon agar berhenti menagih simpati dengan mengatakan beliau telah menjadi mangsa apabila bersuara mengenai isu-isu NCR.

“Mengenai jawapannya bahawa saya cuba ‘menutup mulutnya’ kerana dia memperjuan­gkan tanah NCR, ia adalah cubaannya untuk mengalih tumpuan daripada isu sebenar.

“Isu sebenarnya ialah dia mesti menjelaska­n kepada saya kenapa dia menggelar saya pengkhiana­t dan pembohong,” ujarnya.

Uggah berkata Kerajaan Sarawak sangat bertoleran­si terhadap suara-suara rakyat dan tidak pernah mengambil sebarang tin- dakan menentang suara rakyat yang menyuaraka­n ketidakpua­san mereka asalkan ia tidak melanggar undang-undang.

“Beberapa bulan lalu kami mendengar banyak suara, banyak pendapat, banyak ungkapan sama ada dalam media cetak atau sosial, malah ada yang akan mengadakan demonstras­i menyatakan pandangan mereka mengenai tanah NCR.

“Kami tidak mengambil sebarang tindakan kerana kami tidak mahu menakutnak­utkan rakyat yang menyuaraka­n pandangan mereka. Ini adalah demokrasi,” tegasnya.

Uggah turut menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak tidak menyekat rakyat menyuaraka­n pendapat mereka dan hak-hak rakyat bersuara dihormati di bawah demokrasi.

“Jadi, janganlah alihkan isu ini dan cuba menggambar­kan yang kita (Kerajaan Sarawak) menakut- nakutkan dan mahu menghentik­an seseorang menyuaraka­n pandangan mereka mengenai isu-isu NCR,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia