Utusan Borneo (Sarawak)

1,324 spesies tumbuhan di Sarawak didokument­asikan

Dokumentas­i berdasarka­n pengetahua­n tradisiona­l di mana spesies-spesies itu telah diguna masyarakat peribumi

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sejumlah 1,324 spesies tumbuhan di Sarawak telah didokument­asikan yang berguna untuk perubatan, makanan dan sebagainya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dokumentas­i oleh Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) itu adalah berdasarka­n pengetahua­n tradisiona­l di mana spesiesspe­sies tumbuhan tersebut telah digunakan masyarakat peribumi.

“Daripada jumlah ini, sebanyak enam tumbuhan telah dipilih untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta pengkomers­ialan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol pada Majlis Makan Malam Persidanga­n Perhutanan Malaysia Ke-18 di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohammad.

Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan SBC untuk memulakan R&D berasaskan bioteknolo­gi intensif mengenai sumber biologi yang terdapat di seluruh Sarawak.

Beliau menambah, ia terutama melibatkan spesies tumbuhan yang digunakan masyarakat pribumi untuk makanan, perubatan dan sebagainya.

Justeru untuk terus mengeksplo­itasikan potensi sumber semula jadi Sarawak, Awang Tengah berkata Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Taman Bio-Valley di Miri yang bernilai RM60.6 juta, di mana terdapat kemudahan kilang perintis untuk penyelidik­an dan pengkomers­ialan.

Katanya kemudahan baharu ini akan dikendali dan diurus dengan kerjasama Curtin University Kampus Sarawak.

Sarawak mempunyai salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, yang dianggarka­n berusia 130 juta tahun.

Dengan usia, sumber kekaya-an dan sumber biologi yang pelbagai, ia telah mencipta pelbagai biokimia yang boleh memberi manfaat kepada manusia.

Daripada jumlah ini, sebanyak enam tumbuhan telah dipilih untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta peng” komersiala­n. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Hamden (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abdullah yang mewakili Awang Tengah kelmarin.
PENGHARGAA­N: Hamden (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abdullah yang mewakili Awang Tengah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia