Utusan Borneo (Sarawak)

PMB sedia jadi perantara pembanguna­n empat kampung lama di Bintulu

-

BINTULU: Persatuan Melanau Bintulu ( PMB) bersedia menjadi perantara atau penyelaras pembanguna­n semula empat kampung lama di Bintulu oleh Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) melibatkan Kampung Masjid, Kampung Datuk, Kampung Sebiew dan Kampung Sinong.

Yang Dipertuany­a Shamsuddin Abdul Razak berkata, selepas pihaknya mengadakan Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal dipengerus­i Penasihat I PMB Datu Mohidin Ishak dan beliau sendiri sebagai timbalan pengerusi, dihadiri BDA dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS), dimaklumka­n bahawa BDA diarah (oleh Ketua Menteri Datuk Pating- gi Abang Johari Tun Openg selepas resolusi berkaitan dikemukaka­n) membuat kajian menyeluruh mengenai cadangan pembanguna­n semula di kawasan empat kampung tersebut.

“Setakat ini, kami masih menunggu keputusan dan cadangan BDA dan berharap pembanguna­n semula empat kampung itu dapat dilaksanak­an secepat mungkin agar memberi manfaat kepada Melanau vaie yang masih memiliki tanah di kawasan tersebut,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 PMB di sini malam kelmarin.

Perasmian disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, yang juga penaung persatuan itu.

“PMB bersedia menjadi perantara dan koordinato­r sekiranya diperlukan supaya proses pembanguna­n semula di kawasan tersebut berjalan lancar,” tambahnya.

Selain resolusi- resolusi dicapai pada mesyuarat itu, pihaknya bekerjasam­a dan memberi sokongan penuh kepada pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai matlamat memajukan anakanak Vaie.

Katanya, ia antara lain usaha ketua-ketua masyarakat dan kaum mendapat kawasan baharu bagi merealisas­ikan impian dan harapan anak- anak Melanau Vaie memiliki lot tanah dan rumah.

“Kami amat berharap Kerajaan Sarawak dapat mempertimb­ang keperluan masyarakat Vaie ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, PMB bersyukur dapat meraikan ulang tahun ke- 40 ditubuhkan iaitu pada 25 Julai 1978 sekali gus melakar satu sejarah persatuan.

Beliau berkata, pihaknya menganjurk­an beberapa program lain berdasarka­n kepada kemampuan kewangan persatuan antaranya malam amal, pertanding­an memancing, majlis berbuka puasa dan penyampaia­n sumbangan anakanak yatim pada Ramadan dan malam kemuncakny­a sambutan ulang tahun ke-40.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia