Utusan Borneo (Sarawak)

80 pelajar, guru menyertai program Lestari Muzium Perkayuan PUSAKA

-

KUCHING: Seramai 80 pelajar dan guru daripada lima sekolah menengah sekitar bandar raya Kuching menyertai program Lestari Muzium Perkayuan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di sini, semalam.

Program itu diadakan sempena Ulang Tahun Ke- 45 PUSAKA pada tahun ini.

Turut diadakan pada program itu ialah ceramah motivasi oleh Dr Shafiee Lugom di Dewan Seminar PUSAKA.

Hadir sama pada ceramah tersebut ialah Penolong Pengurus Besar Kanan Pendaftara­n dan Pelesenan selaku Pengerusi Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Ulang Tahun Ke-45 PUSAKA Suraya Mohd Ali.

Selain itu, aktiviti seperti ‘Treasure Hunt’ dan kuiz juga disediakan untuk para pelajar terbabit yang menduduki Pentaksira­n Tingkatan Tiga ( PT3) tahun ini.

Antara sekolah yang menyertai progam tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Samariang, SMK Matang Jaya, SMK Tun Abang Haji Openg, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan Sekolah Tunku Putra Kuching.

Dalam pada itu, salah seorang peserta daripada SMK Tun Abang Haji Openg iaitu Siti Norsyuqree­n Jafardi menyifatka­n program itu sangat menarik selain memberi banyak manfaat kepada mereka.

“Bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahua­n bahkan mendidik kami (para peserta) tentang spesies haiwan dan tumbuhan yang jarang ditemui.

“Malah aktiviti sampingan lain seprti kuiz dan mencari harta karun juga sangat baik kerana ia menguji ketangkasa­n dan kerjasama setiap orang,” katanya.

Harapan saya agar program ini dapat diadakan lebih meluas dengan penyertaan lebih ramai pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia