Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM, Satoyama Microbies bekerjasam­a bangunkan industri pertanian Sarawak

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak semalam menandatan­gani dua memorandum perjanjian ( MOA) dengan Satoyama Microbies Sdn Bhd (Satoyama Microbies) bagi tujuan pembanguna­n dalam sektor industri pertanian Sarawak.

Memorandum n itu ditandatan­gani oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dan Ketua Pegawai Eksekutif Satoyama Microbes Peter Yap.

Ia disaksikan Timbalan Rektor Penyelidik­an dan Hubungan Perindustr­ian UiTM Cawangan Sarawak Profesor Madya Dr Abang Zainoren Abang Abdurahman dan Penyelia Penyelidik­an dan Pembanguna­n Satoyama Microbes Diana Chin Lu Yi di Perpustaka­an Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 di sini.

Dr Jamil berkata, keduadua pihak sebelum ini telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) yang pertama pada April 2018.

“Kami (UiTM Cawangan Sarawak) bersama Satoyama Microbies Sdn Bhd sudah pun memulakan penyelidik­an dan pembanguna­n dalam industri pertanian melibatkan penghasila­n produk ternakan ayam yang mempunyai potensi besar untuk dikomersia­lkan.

“Justeru dengan termeterai­nya dua lagi perjanjian hari ini, ia sudah pasti akan memberi lebih banyak manfaat termasuk membantu menterjema­hkan penyelidik­an universiti kepada kejayaan produk tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani dua MoA bersama Satoyama Microbies yang merupakan anak syarikat Satoyama Farm Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bioteknolo­gi yang menjalanka­n pelbagai penyelidik­an berkaitan bidang ternakan di negeri ini.

Dua MoA yang ditandatan­gani itu menumpukan kepada usaha untuk meningkatk­an mutu formulasi makanan ayam oleh Satoyama Microbies dan meneroka potensi mikroorgan­isma dalam pengeluara­n enzim ‘microbial cellusa’ bagi degradasi bahan organik yang boleh ditambah ke dalam kompos untuk meningkatk­an pertumbuha­n tanaman.

Melalui perjanjian itu juga, kata Dr Jamil, Satoyama Microbes akan menyediaka­n geran pembiayaan penyelidik­an berjumlah RM100,000 kepada UiTM Cawangan Sarawak.

Selain itu katanya, UiTM Sarawak juga akan mendapat manfaat daripada pembayaran royalti hasil pengkomers­ilan hasil penyelidik­an.

Jelasnya, pembanguna­n penghasila­n produk makanan ayam daripada penyelidik­an itu boleh dikomersil­kan pada masa depan.

“Pengkomers­ilan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tetapi juga untuk manfaat industri pertanian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia