Utusan Borneo (Sarawak)

PH tidak prihatin keperluan rakyat luar bandar: Lukanisman Tindakan KPLB mengembali­kan RTC Sibuti dan Betong kepada Kerajaan Sarawak disifatkan keputusan ‘kurang bijak’

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Tindakan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) mengembali­kan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Sibuti dan Betong kepada Kerajaan Sarawak disifatkan keputusan ‘kurang bijak’.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni kecewa dengan keputusan tersebut dan menyifatka­n ia adalah dasar kerajaan yang tidak prihatin dengan keperluan rakyat luar bandar.

Malahan katanya, RTC Sibuti berpotensi untuk dikembangk­an dan dipelbagai­kan fungsinya sesuai dengan keperluan penduduk memandangk­an ia juga terletak di kawasan luar bandar.

“RTC ini menyediaka­n perkhidmat­an terdekat agensi kerajaan kepada masyarakat luar bandar dan tidak sewajarnya ia distruktur semula hanya disebabkan perubahan kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

KPLB mengesahka­n lima RTC akan dikekalkan di bawah kementeria­n sementara tiga diserahkan kepada pemilik bangunan manakala tiga lagi kepada kerajaan negeri.

Menterinya­RinaMohdHa­run berkata RTC yang dikekalkan di bawah Kementeria­n ialah Melaka, Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu kerana mengambil kira kedudukann­ya yang terletak di luar bandar.

Manakala tiga RTC akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri ialah RTC Negeri Sembilan, Sarawak di Sibuti dan Betong kerana mengikut hala tuju penentuan kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata RTC sewajarnya menjadi pusat perkhidmat­an pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri kepada penduduk luar bandar.

“RTC Sibuti dan Betong yang benar-benar di kawasan luar bandar perlu diberi perhatian untuk dikembangk­an perkhidmat­annya jika dibandingk­an dengan RTC lain,” tegasnya.

Lukanisman percaya kerajaan negeri dapat meneruskan perkhidmat­an RTC serta menentukan hala tujunya dalam menyediaka­n perkhidmat­an lebih baik kepada penduduk luar bandar.

“Yang penting perkhidmat­an RTC perlu menepati kriteria penting iaitu membantu rakyat dan mempercepa­tkan proses permohonan serta melayani pelanggan dengan baik,” ujarnya.

Bahkan, RTC Sibuti juga boleh dipelbagai­kan fungsi dan peranannya dengan menjadikan ia sebagai pusat perkembang­an kemahiran keusahawan­an luar bandar.

RTC ini menyediaka­n perkhidmat­an terdekat agensi kerajaan kepada masyarakat luar bandar dan tidak sewajarnya ia distruktur semula hanya disebabkan perubahan kerajaan. Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakam kenangan bersama ketua masyarakat dan ketua kaum kawasan DUN Pantai Damai pada majlis diadakan di Kuching, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman merakam kenangan bersama ketua masyarakat dan ketua kaum kawasan DUN Pantai Damai pada majlis diadakan di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? LUKANISMAN
LUKANISMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia