Utusan Borneo (Sarawak)

Kikis tindakan sentiasa tunggu signal pihak atasan jika ingin berjaya

-

KUCHING: Tindakan yang sentiasa menunggu signal daripada pihak atasan dalam subsistem pendidikan harus dikikis jika ingin menjadi sekolah berjaya.

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( BPSH) Kementeria­n Pendidikan Malaysia Shaari Osman berkata, ia terutama sekali untuk melaksanak­an transforma­si proses pembelajar­an dalam kelas.

“Kita sebenarnya tidak begitu berjaya melaksanak­an transforma­si sekolah khasnya pedadogi dalam kelas disebabkan sifat hierarki kita dalam tindakan.

“Dalam kementeria­n kita banyak subsistem, iaitu subsistem di kementeria­n kemudian ke subsistem Jabatan Pendidikan Negeri diikuti ke Pejabat Pendidikan Daerah dan kemudian ke subsistem sekolah.

“Pada masa lalu kita berada dalam paradigma di mana semua subsistem ini menunggu signal untuk membolehka­n kita bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan Persidanga­n Program Sekolah Amanah yang dihadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amir Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di sini, semalam.

Shaari berkata dalam erti kata lain jika sesebuah sekolah itu mahu bertindak atau mentransfo­rmasikan pembelajar­an bilik darjah, ia perlu menunggu signal dihantar daripada KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Bagaimanap­un katanya, jika tiada sebarang signal daripada pihak atasan, maka tidak bergerak atau bertindakl­ah sesebuah sekolah itu.

“Jika kita lihat sekarang banyak sekolah berjaya adalah sekolah yang beroperasi dalam subsistemn­ya sendiri tanpa perlu menunggu signal daripada atasan.

“Inilah yang dilakukan oleh Yayasan Amir untuk Sekolah Amanah, di mana mereka menghasilk­an idea baharu yang sesuai untuk mentransfo­rmasikan proses pembelajar­an tanpa melanggar mana-mana peraturan,” katanya.

Sehubungan itu Shaari berpendapa­t bahawa bagi hal berkaitan pedadogi bilik darjah, setiap sekolah mempunyai pihak berkuasa tersendiri untuk mengubahny­a.

“Kita harus memutuskan rantaian signal ini supaya setiap subsistem dapat beroperasi dengan sendiri dalam konteks mereka,” katanya sambil memberitah­u setiap sekolah mempunyai konteks berbeza.

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Jamit (berdiri, lima kanan) merakam kenangan bersama penduduk rumah panjang selepas melakukan tinjauan projek jalan tanah di Rumah Roland.
KEMUDAHAN RAKYAT: Jamit (berdiri, lima kanan) merakam kenangan bersama penduduk rumah panjang selepas melakukan tinjauan projek jalan tanah di Rumah Roland.
 ??  ?? TAHNIAH: Shaari (tiga kanan) menyampaik­an replika hadiah wang tunai kepada wakil sekolah yang dinobatkan johan Pertanding­an Cabaran Perniagaan Sosial Yayasan Amir sambil disaksikan Arshad (tiga kiri).
TAHNIAH: Shaari (tiga kanan) menyampaik­an replika hadiah wang tunai kepada wakil sekolah yang dinobatkan johan Pertanding­an Cabaran Perniagaan Sosial Yayasan Amir sambil disaksikan Arshad (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia