Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat, ketua kaum disaran bersatu hati dengan kepimpinan kerajaan

-

KUCHING: Semua ketua masyarakat dan ketua kaum disaran bersatu hati dengan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang sama ada di peringkat kawasan mahupun peringkat negeri.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, justeru, ketua masyarakat dan ketua kaum perlu bersama wakil rakyat untuk menjalanka­n tanggungja­wab mengekalka­n sokongan kepada kerajaan.

“Salah satunya adalah dengan merapati dan mendekatka­n diri dengan masyarakat kam- pung bagi memastikan aspek kebajikan dan pembanguna­n kampung terus dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan dengan ketua masyarakat dan ketua kaum bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Kuching, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman berkata, pada masa sama, setiap ketua masyarakat dan ketua kaum harus menunjukka­n sikap prihatin dan ambil berat akan permasalah­an yang dihadapi penduduk kampung tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik.

“Dengan usaha seumpama ini, saya yakin kita dapat membantu kerajaan bukan sahaja dari segi membangunk­an modal insan dan pembanguna­n kampung malah membangunk­an negeri ini ke tahap yang lebih membanggak­an,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua masyarakat di negeri ini terus memberi sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam mentadbir dan men- jadikan Sarawak maju dengan rakyat berpendapa­tan tinggi pada masa depan.

Terdahulu, seramai 45 ketua masyarakat dan ketua kaum bagi kawasan DUN Pantai Damai menghadiri majlis perjumpaan tersebut.

Majlis perjumpaan itu merupakan sesi perkongsia­n minda ke arah usaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an ketua masyarakat dan ketua kaum kepada masyarakat setempat serta mencorak strategi masa kini untuk memantapka­n kemajuan kampung masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia