Utusan Borneo (Sarawak)

Jamit tinjau projek jalan tanah di Rumah Roland Banggau

-

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat melakukan tinjauan ke jalan projek luar bandar di Rumah Roland Banggau, Sungai Tisa, Ulu Yong kelmarin.

Turut mengiringi­nya kontraktor projek Liew Hui Kiong dan kakitangan di pejabat Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Goram.

Projek jalan tanah sepanjang empat kilometer baharu disiapkan oleh kontraktor, menghubung­kan penduduk di Rumah Roland Banggau, Sungai Tiasa, Ulu Sungai Yong ke Kapit melalui Jalan Ulu Sungai Yong.

Jarakperja­lanandipen­dekkan kepada kira-kira sejam berbanding kira-kira empat jam sebelum ini dengan menaiki bot kecil di sepanjang Sungai Tiasa, Sungai Yong dan Sungai Kapit.

“Projek jalan tanah ini dibina di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) dengan nilai RM500,000 untuk membina jalan sejauh empat kilometer bermula tahun ini dan projek siap untuk digunakan orang ramai.

“Hari ini saya turun padang untuk meninjau dengan pandu uji bagi memastikan pembinaan jalan dilakukan dengan betul mengikut spesifikas­i kontrak untuk kemudahan dan keselamata­n penduduk.

“RTP dilaksanak­an untuk faedah penduduk luar bandar dan mesti dilakukan dengan betul,” jelasnya ketika ditemui pemberita.

Sebelum ini, Jamit berkata kebergantu­ngan kepada pengangkut­an air memberi cabaran kerana Sungai Tiasa sangat cetek dan tidak mudah dinavigasi.

“Kini dengan siapnya projek jalan raya, ia memudahkan penduduk rumah panjang bergerak dan berkomunik­asi dengan masyarakat luar,” ujarnya.

Jamit berkata, pemilik tanah juga dapat menambah nilai tanah melalui aktiviti pertanian komersil yang akan menghasilk­an pendapatan ekonomi keluarga dan meningkatk­an taraf hidup.

“Saya sangat gembira akhirnya semua rumah panjang sepanjang Sungai Yong, Sungai Tiasa kini dihubungka­n dengan jalan raya.

“Langkah pertama adalah menghubung­kan mereka dengan jalan tanah di bawah RTP dan pada masa akan datang apabila dana ada, kita akan menaik taraf kepada jalan kerikil atau simen,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia