Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah minyak, gas dapat diselesai antara kerajaan

Penyelesai­an antara kerajaan penting untuk membolehka­n secara rasminya diiktiraf dan sah: Minos

- Oleh Patricia Gari

Isu minyak dan gas sekarang ini hanya dapat diselesaik­an antara kerajaan iaitu Kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n, untuk menjadikan­nya secara rasmi diiktiraf dan sah.

KUCHING: Masalah minyak dan gas yang berlaku ketika ini hanya dapat diselesaik­an antara Kerajaan Sarawak dengan kerajaan persekutua­n.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata penyelesai­an antara kerajaan itu penting untuk membolehka­n secara rasminya diiktiraf dan sah.

“Kalau Chong Chieng Jen, Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, mungkin rakyat Sarawak menerima kata-katanya kerana beliau mewakili kerajaan persekutua­n tetapi beliau bercakap sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

“Isu minyak dan gas sekarang ini hanya dapat diselesaik­an antara kerajaan iaitu Kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n, untuk menjadikan­nya secara rasmi diiktiraf dan sah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Chong baru-baru ini mengenai ‘Tawaran Baru’ PH Sarawak bagi pembayaran royalti minyak dan gas kepada Sarawak.

Minos berkata adalah satu kesalahan untuk mana-mana pihak yang menuntut atau berpura- pura mendakwa mewakili kerajaan persekutua­n sehingga atau melainkan seseorang itu dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri atau kabinet persekutua­n.

Justeru, rakyat Sarawak boleh membuat penghakima­n sendiri atas ikrar dan janjijanji Chong.

“Kata-kata Chong berputar belit dan sering berubah dalam beberapa bulan ini berhubung isu minyak dan gas yang sangat mengeliruk­an dan berbelit-belit, menyebabka­n ramai pihak bingung serta marah.

“Kenapa tidak menjadikan­nya lebih jelas dan mudah. Sarawak amat memerlukan sumber kewangan untuk membolehka­nnya memban- gun serta maju seiring dengan Semenanjun­g Malaysia dalam pelbagai aspek dan bidang,” ujarnya.

Menurutnya Sarawak memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk membiayai projek-projek sosial, pendidikan, infrastruk­tur dan ekonomi di bandar serta luar bandar.

Dana daripada kerajaan persekutua­n katanya sejak 1963 tidak mencukupi dan amat sukar untuk diperoleh.

Oleh itu katanya, rakyat Sarawak dan Kerajaan Sarawak amat mahu dan memerlukan lebih banyak dana hasil daripada sumber minyak dan gas miliknya sendiri.

“Inilah yang rakyat dan Kerajaan Sarawak mahu kerajaan persekutua­n faham serta menghargai­nya seterusnya memberi pertimbang­an sewajarnya.

“Jumlah (pendapatan) yang Sarawak dapat daripada kerajaan persekutua­n dan Petronas sejak 1974 tidak banyak atau tidak mencukupi untuk mempercepa­tkan pemba- ngunan sosial dan ekonomi Sarawak,” katanya.

Disebabkan itulah, tegasnya Sarawak meminta bayaran yang lebih banyak daripada Petronas dan alasan itu sangat adil dan sah.

Beliau berkata sekiranya Petronas dan kerajaan persekutua­n terlalu berkeras dengan permintaan Sarawak serta ‘tidak perduli’ dengan keperluan Sarawak untuk mendapatka­n dana bagi tujuan pembanguna­n hasil minyak dan gasnya sendiri, sudah tentu rakyat negeri ini berasa diabai dan kecewa.

“Chong mesti mengiktira­f dan tahu aspirasi sebenar rakyat Sarawak, bukannya terus bermain retorik dan politik mengenai isu minyak dan gas,” tegasnya.

Datuk Peter Minos Pengerusi MPKS

 ??  ?? TIDAK AKAN TUNDUK: Vernon menunjukka­n surat tuntutan daripada syarikat guaman mewakili Uggah yang diberikan kepadanya pada sidang media semalam.
TIDAK AKAN TUNDUK: Vernon menunjukka­n surat tuntutan daripada syarikat guaman mewakili Uggah yang diberikan kepadanya pada sidang media semalam.
 ??  ?? MINOS
MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia