Utusan Borneo (Sarawak)

PH tidak pernah lupa janji tambah royalti petroleum kepada Sarawak dan Sabah

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah melupakan janji- janji pilihan rayanya untuk menambah royalti petroleum kepada Sarawak dan Sabah kepada 20 peratus atau lebih kurang sama.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How berkata PH kini mengambil langkah pertama untuk menunaikan janji-janji pilihan rayanya.

Beliau berkata buat pertama kali dalam masa 43 tahun, sejak 1976, kerajaan persekutua­n PH mengambil langkah untuk memberi lebih lima peratus royalti minyak kepada Sarawak, untuk eksploitas­i serta pembanguna­n minyak dan gas di wilayah Sarawak.

“Untuk itu saya berterima kasih kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Azmin Ali yang telah ditugaskan dan sedang melaksanak­an usaha-usaha diperlukan bagi merealisas­ikan janji penting ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini semalam.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang mengakui 20 peratus daripada keuntungan bersih ditambah lima peratus royalti masih kurang ‘20 peratus atau sama’.

Bagaimanap­un ujarnya, tidak siapa dapat menafikan hakikat bahawa kerajaan PH kini berada di laluan yang betul untuk memberi sesuatu yang lebih banyak kepada Sarawak.

“Saya bangga dengan pentadbira­n kerajaan persekutua­n yang baharu di bawah PH, berbanding 55 tahun pemerintah­an Barisan Nasional (BN) dan 43 tahun rejim Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 dan Petronas berkuasa penuh ke atas minyak dan gas, tetapi pampasan untuk hak- hak petroleum kita kekal lima peratus.

“Apabila pemimpinpe­mimpin BN dan sekarang Gabungan Parti Sarawak (GPS) menuding jari kepada pemimpin- pemimpin PH kita, sila faham bahawa empat lagi jari mereka menuding semula kepada mereka,” ujarnya.

See menambah, selama 43 tahun pemimpin GPS tunduk patuh kepada kerajaan persekutua­n BN diketuai UMNO dan tidak pernah cuba berjuang untuk pengagihan dan saham kekayaan petroleum yang lebih sama rata untuk Sarawak.

“Saya amat yakin kerajaan PH akan memberi pendapatan petroleum sama rata kepada Sarawak untuk keperluan pembanguna­n Sarawak.

“Janji royalti 20 peratus atau sama, saya percaya akan ada mekanisme dan perubahan sepenuhnya bagi memastikan lebih banyak projek Petronas di Sarawak akan diambil alih syarikat- syarikat dan perbadanan Sarawak bukannya membenarka­n syarikat berkaitan politik mendominas­i,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia