Utusan Borneo (Sarawak)

Vernon sedia berdepan sebarang kemungkina­n akibat tidak tunduk kepada tuntutan Uggah

-

KUCHING: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Betong Vernon Kedit berkata beliau bersedia berdepan sebarang kemungkina­n akibat tindakanny­a tidak tunduk kepada tuntutan- tuntutan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas terhadapny­a.

Malah Vernon berkata beliau bersedia menyelesai­kan masalah itu di mahkamah jika itu pilihan Uggah.

“Jika beliau Timbalan Ketua Menteri dan saya bukan siapa-siapa dan jika beliau tidak dapat menerima kritikan dan mahu saya berdiam diri, maka kita tiada pilihan melainkan membawa perkara ini ke mahkamah.

“Saya sedia berjuang habishabis­an walaupun perkara ini perlu dibawa ke mahkamah lebih tinggi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini semalam.

Vernon yang juga Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata perkara berkenaan adalah isu yang berat kerana ia melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Uggah terus mengeliruk­an rakyat khasnya pemilik NCR di negeri ini.

“Tarikh akhir untuk saya menenuhi tuntutan-tuntutan Uggah ialah pada jam 5 petang hari ini (semalam) dan saya tidak berniat untuk patuh kepada tarikh akhir itu kerana kebenaran berpihak kepada saya.

“Saya berjuang untuk mempertaha­nkan hak-hak semua rakyat Sarawak tetapi sekarang saya menjadi mangsa.

“Surat permintaan daripada peguam yang mewakili Uggah tidak menakutkan saya atau membuat saya tunduk kepada kehendak mereka. Jelas ini satu provokasi agar saya melawan balik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini semalam yang turut dihadiri Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How.

Menurut Vernon, Uggah mengambil tindakan itu ekoran tindakanny­a mempersoal­kan istilah meragui hak-hak ‘usufructua­ry’, definisi untuk Pulau Galau dan Pemakai Menoa kepada Domain Kawasan Peribumi serta pengehadan kepada 1,000 hektar dan Seksyen 6A Kanun Tanah memberi kepentinga­n kekal kepada NCR.

Beliau memberitah­u, syari- kat guaman mewakili Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah memetik kenyataann­ya yang dikeluarka­n dalam aplikasi telefon pintar WhatApps ‘PKR State Media Group’ bertarikh 11 Julai 2018.

Dalam surat tuntutan syarikat guaman mewakili Uggah bertarikh 30 Julai 2018 kepada Vernon, mengemukak­an empat tuntutan iaitu pertama menarik balik semua yang dikatakann­ya dalam kenyataan itu dan meminta maaf secara bertulis dan ia harus disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu diluluskan oleh Uggah dan diedarkan di Sarawak.

Kedua, membuktika­n aku janji yang diluluskan oleh peguamnya tidak menyiarkan kenyataan sama pada masa akan datang.

Ketiga, menanggung semua kos dan perbelanja­an anak guamnya (Uggah) berhubung perkara itu dan keempat membayar anak guamnya (Uggah) sekurang-kurangnya RM1 juta sebagai ganti rugi kerana perbuatan Vernon telah menjejaska­n reputasi anak guam akibat pernerbita­nnya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia