Utusan Borneo (Sarawak)

Perketatka­n peruntukan, undang-undang dalam penyerahan rumah kepada pembeli

-

KUCHING: Pemaju dan pihak berkuasa berkaitan digesa lebih ketat dengan peruntukan dan undang-undang dalam penyerahan rumah kepada pembeli.

Pegawai Khas Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Voon Shiak Ni berkata ini kerana aspek keselamata­n pemilik rumah merupakan aspek dan kebimbanga­n utama kementeria­n itu.

“Pejabat kami telah didatangi beberapa pembeli rumah mengadu rumah mereka tidak mempunyai Permit Menduduki (OP).

“Terdapat juga kes, pembeli diminta mengambil kunci rumah sedangkan OP masih belum dikeluarka­n,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak di sini semalam.

Voon yang juga naib pengerusi Wanita PKR Pusat melihat isu itu sebagai sangat penting kerana ia melibatkan aspek keselamata­n penghuni rumah berkenaan.

“Setiap pemilik rumah su- dah tentu mahu rumah yang dibeli tempat yang selamat untuk tinggal.

“Oleh itu sangat penting pembinaan dan bangunan rumah mesti memenuhi dan mematuhi semua keperluan serta kod keselamata­n ditetapkan,” tegasnya.

“Pembeli rumah juga mesti sedar kesan dan akibat tinggal di dalam rumah tanpa OP. Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kebakaran, mereka tidak boleh menuntut perlindung­an insurans.

“Ia juga mungkin menjejaska­n penjualan rumah-rumah yang sudah siap dibina kerana pinjaman perumahan tidak diluluskan tanpa OP dikeluarka­n,” jelasnya.

 ??  ?? PERLU TEGAS: Voon pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di Kuching semalam.
PERLU TEGAS: Voon pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia