Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah kuota bukan Bumiputera sertai ATM

PH diharap tambah kuota, kerajaan lama hanya peruntuk 10 peratus kepada bukan Bumiputera

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Persatuan Bekas TenteraLau­tDirajaMal­aysia ( PBTLDM) Cawangan Negeri Sarawak berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menambah kuota kaum bukan Bumiputera menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yang Dipertua PBTLDM Sarawak Thomas Ling berkata polisi kerajaan lama hanya memperuntu­kkan 10 peratus sahaja kuota kepada bukan Bumiputera.

“Kami berharap di bawah kerajaan PH kuota tersebut dapat ditingkatk­an atau tidak bergantung kepada kuota pengambila­n untuk memberi peluang kepada anak- anak muda pelbagai kaum,” katanya pada sidang media di sini semalam.

MenurutTho­mas,persatuan banyak kali bekerjasam­a dengan Unit Sumber Manusia Kementeria­n Pertahanan

Kami berharap di bawah kerajaan PH kuota tersebut dapat ditingkatk­an atau tidak bergantung kepada kuota pengambila­n untuk memberi peluang kepada anak-anak muda pelbagai kaum.

mengadakan pengambila­n kaum bukan Bumiputera menyertai ATM sama ada di Sarawak mahupun Semenanjun­g Malaysia.

Namun katanya, ramai pemohon daripada kaum Cina yang layak tidak diterima disebabkan kuota agak terhad.

Sementara itu, Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) akan mengadakan pemilihan awal terbuka Perajurit Muda Udara Wanita Siri 58/ 18 sebagai anggota lain-lain pangkat.

Justeru, Thomas menyeru anak- anak watan Sarawak khususnya kaum Cina berkelayak­an memanfaatk­an peluang bagi menunaikan tanggungja­wab bersama kaum Bumiputera mempertaha­nkan kedaulatan dan keamanan negara.

Sesi pemilihan bagi Zon Sarawak diadakan di Kem Rascom, Batu 10, Sibu pada 7 Ogos ini dan di Dewan Angkasa, Pangkalan Udara Kuching pada 9 Ogos ini.

“Sesi pendaftara­n bermula jam 8 hingga 9 pagi. Semua pemohon dikehendak­i hadir lengkap berpakaian sukan dan berkasut serta membawa bersama borang pendaftara­n dicetak dari laman sesawang dan dokumen asal serta salinan.

Borang pendaftara­n boleh dicetak di laman sesawang www. airforce. mil/ kerjaya/ pengambila­n-terkini.

Pemohon juga boleh menghubung­i Thomas di talian 013- 8017056 atau Penolong Pegawai Tadbir Syafikah Nursahara ( 0109337056/084-341953).

Thomas Ling Yang Dipertua PBTLDM Sarawak

 ??  ?? ANUGERAH: Seramai 48 pegawai, anggota pangkat rendah dan pegawai awam bersama Stanley pada majlis tersebut.
ANUGERAH: Seramai 48 pegawai, anggota pangkat rendah dan pegawai awam bersama Stanley pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia