Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS komited beri perkhidmat­an membanggak­an kepada masyarakat

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited memberi perkhidmat­an membanggak­an kepada masyarakat bersesuaia­n dengan agenda Kerajaan Sarawak.

Setiausaha­nya Justani Joni berkata, usaha meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an bukan baharu kerana telah diberi penekanan sejak dahulu oleh pucuk pimpinan.

Beliau berkata, dalam persekitar­an semakin dinamik hasrat ini menjadi mendesak dan menuntut kakitangan MDLBS memainkan peranan lebih cekap terutama memperbaik­i secara berterusan sistem penyampaia­n.

“Sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang baik dapat membantu masyarakat (pelanggan MDLBS) berurusan dengan lebih mudah.

“Bagi merealisas­ikan hasrat tersebut, MDLBS tidak harus hanya tertumpu kepada peranan mengawal selia dan menguatkua­sakan undangunda­ng sahaja, malah perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri bersama komuniti Sibu semalam.

Hadir sama Pengerusi serta Timbalan Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai dan Robert Lau serta Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng.

Menurut Justani, pelbagai perancanga­n dan inisiatif dilaksana oleh MDLBS selaras dengan misi Kerajaan Sarawak ‘To Deliver Excellent Service Through High Performenc­e Team Work’.

Antaranya ialah penganjura­n Kempen ‘No Plastic Bag Day’ setiap Isnin dilancarka­n di Sibu Jaya bertujuan meningkatk­an kesedaran penduduk mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar.

Selain itu, MDLBS turut menganjurk­an program gotong- royong memupuk budaya masyarakat menyayangi alam sekitar dan bersama mengekalka­n kebersihan serta kecantikan alam sekitar.

“MDLBS juga merancang menganjurk­an beberapa program lain termasuk Kempen Bayar Cukai Pintu Tertungak Secara Ansuran Tanpa Denda dan Pesta Ambang Merdeka dijadualka­n bermula pada 21 Ogos hingga 2 September depan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai majlis itu, Justani berharap dapat mengeratka­n silaturahi­m antara satu sama lain bersama agensiagen­si kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 ??  ?? RAMAH-TAMAH: Justani (duduk, enam kanan) bersama yang lain pada majlis tersebut semalam.
RAMAH-TAMAH: Justani (duduk, enam kanan) bersama yang lain pada majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia