Utusan Borneo (Sarawak)

PBT digesa segera atasi masalah banjir kilat Banjir kilat kerap berlaku dan melanda beberapa kawasan sekitar bandar raya Miri: Omar

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak menggesa pihak berkuasa tempatan ( PBT) di sini mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku dan melanda beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.

Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata pihaknya simpati dengan keadaan banjir kilat menimpa penduduk terjejas, turut berasa terkilan dengan situasi berlaku apabila melibatkan beberapa sekolah di sekitar dan pinggir bandar raya ini.

“MAPIM Sarawak mewakili suara ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) di bahagian Miri ingin melahirkan rasa bimbang ibu bapa dan penjaga dengan situasi banjir kilat itu,” katanya di sini semalam.

Hujan lebat turun sejak tengah malam sehingga awal pagi semalam menyebabka­n beberapa kawasan di Miri ditenggela­mi air sehingga satu meter seperti dakwaan beberapa penduduk.

Namun, apa yang menimbulka­n rasa kesal MAPIM beberapa sekolah di sini didapati turut digenangi air banjir sehingga menjejaska­n sesi dan aktiviti persekolah­an.

“Kami difahamkan antara sekolah terjejas seperti Sekolah Kebangsaan ( SK) Lepong Ajoi, Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Chung Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku, SMK Agama, Sekolah Menengah (SM) Sains dan beberapa sekolah lain.

“Malah, beberapa kawasan perumahan dan penempatan komuniti juga terjejas teruk sehingga menyukarka­n ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dan menjalani aktiviti harian mereka,” katanya.

Turut terjejas teruk akibat banjir kilat berlaku awal pagi semalam ialah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Rait dekat sini ditenggela­mi air lebih satu meter di beberapa bahagianny­a.

Omar yang juga Ketua Penerangan MAPIM K e b a n g s a a n b e r k a t a

Omar Immun Yang Dipertua MAPIM Sarawak

Miri sebuah bandar raya membangun pesat disarankan segera menangani masalah perparitan kerana masalah banjir kilat adalah isu berulang apabila berlaku hujan lebat berterusan.

Sementara itu, Pengerusi PIBG SMK Agama Miri Mariani Juraibi turut berkongsi pandangan serupa dengan MAPIM Sarawak dan menyaranka­n pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera mengatasi masalah banjir kilat.

“Ia mencetuska­n rasa bimbang terutama dari segi keselamata­n pelajar dan guru jika membabitka­n sekolah dan keselamata­n orang awam di seluruh kawasan terjejas,” katanya.

 ??  ?? TERJEJAS: MAPIM Sarawak melahirkan rasa kesal dengan insiden berlaku turut menjejaska­n persekolah­an anak-anak di kawasan Bakam di Miri sehingga terpaksa dibawa pulang menggunaka­n bot penyelamat pasukan bomba demi keselamata­n mereka.
TERJEJAS: MAPIM Sarawak melahirkan rasa kesal dengan insiden berlaku turut menjejaska­n persekolah­an anak-anak di kawasan Bakam di Miri sehingga terpaksa dibawa pulang menggunaka­n bot penyelamat pasukan bomba demi keselamata­n mereka.
 ??  ?? DILANDA BANJIR: Kawasan pekarangan SMK Agama Miri yang dinaiki air.
DILANDA BANJIR: Kawasan pekarangan SMK Agama Miri yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia