Utusan Borneo (Sarawak)

Empat keluarga di rumah panjang Sungai Medang bertahun menanti bekalan elektrik

-

MIRI: Empat keluarga di rumah panjang Sungai Medang, Hulu Mamut, Sibuti dekat sini masih menanti bekalan elektrik disambung ke kediaman mereka walaupun kabel sudah dipasang di rumah panjang terbabit sejak lima tahun lalu.

Menurut penduduk, pendawaian elektrik dan pemasangan kabel sudah dilakukan pada 2013 lalu tetapi pada masa tersebut masih ada empat keluarga belum dapat menyiapkan rumah dan berpindah ke rumah panjang terbabit.

Ketua Wanita Kumpulan Pemikir Dayak ( DTTG) Miri Christina Kelit dan salah seorang ahli jawatankua­sanya, Embam Insol mengadakan tinjauan ke rumah panjang tersebut selepas menerima aduan penduduk memberitah­u selepas keempat- empat keluarga berpindah ke rumah panjang itu, pemasangan elektrik masih belum dilakukan sehingga kini.

“Hampir lima tahun mereka menunggu untuk pemasangan meter elektrik, namun sehingga kini sudah memasuki 2018, pihak berkaitan masih gagal menyiapkan ‘ tugas’ mereka.

“Kami dimaklumka­n oleh penduduk bahawa mereka merujuk perkara tersebut kepada pihak berwajib dan wakil rakyat kawasan berkenaan beberapa kali tetapi sehingga kini tidak ada jalan penyelesai­an,” katanya.

M e n u r u t b e l i a u , penduduk turut melahirkan kebimbanga­n mengenai keselamata­n mereka atau bimbang kejadian tidak diingini berlaku kerana wayar elektrik tersebut dalam keadaan terdedah begitu sahaja.

Christina berkata sepanjang tempoh beberapa tahun ini, keempat-empat keluarga itu masih bergantung kepada lampu gasolin dan lilin menerangi kehidupan mereka pada setiap malam sedangkan penghuni lain sudah mulai menikmati kemudahan elektrik 24 jam.

“Ia pastinya sesuatu yang sukar diterima oleh mereka dan amat menyedihka­n kerana penghuni lain di rumah panjang sudah mempunyai kemudahan bekalan elektrik, sedangkan empat keluarga ini masih dalam kegelapan.

“Lebih menyedihka­n kabel dan pendawaian elektrik ke dalam rumah mereka juga sudah dilakukan sejak 2013 hanya tinggal memasang meter elektrik memastikan mereka menerima bekalan elektrik namun sudah hampir lima tahun menunggu, meter masih belum dapat dipasang. Ia sesuatu yang amat menyedihka­n,” jelas Christina.

DTTG Miri berharap pihak berkuasa berkaitan dapat membantu menyegerak­an keperluan penduduk terbabit agar mereka dapat menikmati kemudahan asas seperti penghuni lain di rumah panjang terbabit dan penduduk di bandar.

“Kita berasa sedih melihat rutin kehidupan seharian mereka kerana masalah sedemikian tidak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang, lebih-lebih lagi penduduk lain sudah memiliki kemudahan itu namun ‘ hak’ mereka seolah-olah dinafikan. Ia pasti membuatkan mereka berasa terkilan,” tambahnya.

Sehubungan itu, Christina merayu pihak berwajib dan wakil rakyat kawasan tersebut agar tampil membantu dan memberi perhatian terhadap permasalah­an dihadapi bagi meringanka­n beban penduduk rumah panjang berkenaan.

Rumah Etap Lungan, Sungai Medang di Hulu Mamut Sibuti, Niah terletak hanya kira-kira 55 kilometer dari Miri dan dapat dihubungi dengan mudah melalui jalan raya Pan Borneo yang kini masih dalam proses pembinaan di beberapa kawasan.

Padamasain­i,rumahpanja­ng tersebut didiami 23 keluarga (pintu) termasuk empat pintu penghuniny­a masih belum mempunyai bekalan elektrik dan mempunyai lebih kurang 150 penduduk.

Mereka mula menduduki rumah panjang tersebut pada 2013 dengan penyambung­an bekalan elektrik turut dilakukan pada tahun sama kecuali bagi empat pintu agak lambat berpindah kerana bilik masing-masing lambat disiapkan.

Ia agak menyedihka­n melihat kesulitan dihadapi keluarga terbabit dengan rutin kehidupan mereka setiap hari turut terjejas sedikit sebanyak kerana masalah ketiadaan bekalan elektrik menyebabka­n mereka berasa tersisih sedangkan ia merupakan salah satu faktor pembanguna­n penting penduduk termasuk di luar bandar.

 ??  ?? BELUM DIPASANG: Penghuni rumah panjang, Barang Jau menunjukka­n tempat untuk pemasangan meter di luar bilik keluargany­a masih belum dipasang sehingga kini.
BELUM DIPASANG: Penghuni rumah panjang, Barang Jau menunjukka­n tempat untuk pemasangan meter di luar bilik keluargany­a masih belum dipasang sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia