Utusan Borneo (Sarawak)

37 jemaah haji dirawat di hospital setakat ini

-

MAKKAH: Seramai 37 jemaah haji Malaysia di Tanah Suci telah dimasukkan ke wad berikutan masalah kesihatan setakat ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu, 30 daripada mereka dirawat di pusat kesihatan dan klinikklin­ik maktab Tabung Haji (TH) manakala baki tujuh orang lagi menerima rawatan di hospital-hospital di Arab Saudi, iaitu empat di Makkah dan tiga di Madinah.

“Kebanyakan jemaah haji kita akan pergi ke klinikklin­ik maktab terlebih dahulu untuk mendapatka­n rawatan awal, dan jika ada keperluan untuk dimasukkan ke wad atau pusat rawatan TH, kita akan berbuat demikian.

“Jika penyakit mereka agak serius dan tidak dapat dirawat dengan sempurna di pusatpusat rawatan TH, kita akan hantar ke hospital di Arab Saudi di mana terdapat kemudahan yang lebih sempurna,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kebanyakan mereka hanya mendapatka­n rawatan pesakit luar di klinik-klinik TH di hotel dan maktabmakt­ab penginapan dan masalah kesihatan yang dihadapi berada di tahap yang ringan.

Syed Saleh berkata setakat ini TH merekodkan satu kematian iaitu jemaah haji wanita berusia 67 tahun yang meninggal di Madinah pada 22 Julai lalu. Jemaah haji itu berasal dari Pahang.

Setakat ini, 18,306 bakal jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci melibatkan 41 penerbanga­n dan daripada jumlah itu 12,537 orang sudah berada di Makkah manakala 5,769 lagi masih berada di Madinah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia