Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan ahli jawatankua­sa ramah-tamah Aidilfitri dihargai

-

MIRI: Kira-kira 30 orang m e m e r i a h k a n m a j l i s penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di premis Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Miri di sini Selasa lalu.

Majlis itu bagi menghargai jawatankua­sa tersebut merangkumi tiga persatuan iaitu PBPM Miri, Persatuan Masyarakat Daerah Matu Daro Miri dan Persatuan Tenis Bahagian Miri.

Pengerusi PBPM Cawangan Miri Han Hipeni berkata majlis itu sebagai tanda terima kasih kepada jawatankua­sa bersama menjayakan majlis ramah-tamah Aidifitri lalu.

“Tanpa kerjasama dan gabungan ketiga- tiga persatuan ini, sudah pasti kita tidak dapat menjayakan sebuah majlis melibatkan semua ahli daripada persatuan masing-masing.

“Walaupun tidak ramai ahli jawatankua­sa dapat hadir disebabkan komitmen masing-masing namun majlis tetap meriah dengan aktiviti memanggang (barbeku) serta nyanyian karaoke terbuka,” katanya.

Menurut Han, majlis itu merapatkan silaturahi­m dalam kalangan mereka dan berharap kerjasama serta sokongan sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dalam pelbagai program dirancang bersama.

Katanya ramah- tamah Aidilfitri Sebelum ini diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.

Beliau berkarta, gabungan tiga persatuan menganjurk­an majlis sama bukan sahaja merapatkan hubungan dalam setiap ahli setiap persatuan malah menjimatka­n masa dan tenaga dalam penganjura­nnya.

“Daripada kita buat satu- satu majlis untuk setiap persatuan, tidak salah untuk kita bergabung dan saling berkongsi pendapat mengenai fungsi serta matlamat yang dilaksanak­an persatuan selain menjimatka­n masa dan tenaga,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, PBPM Cawangan Miri turut menjadi tuan rumah majlis reunion bekas-bekas graduan Maktab Polis Diraja Malaysia 1971 pada 21 hingga 24 September depan.

 ??  ?? MESRA: Han (berdiri, lima kanan) bersama tetamu pada majlis penghargaa­n di premis PBPM Cawangan Miri, Selasa lalu.
MESRA: Han (berdiri, lima kanan) bersama tetamu pada majlis penghargaa­n di premis PBPM Cawangan Miri, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia