Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara kes saman fitnah Ismail Sabri terhadap kontraktor bermula 13 Ogos

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan dua hari bermula 13 Ogos untuk perbicaraa­n kes saman fitnah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap seorang kontraktor atas dakwaan memuat naik pernyataan berunsur fitnah di laman Facebookny­a, tahun lepas.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Zaid Omar ketika ditemui pemberita berkata Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril menetapkan 13 dan 17 Ogos ini untuk perbicaraa­n kes saman berkenaan ketika pengurusan kes di dalam kamarnya, semalam.

Pada 12 Dis 2017, Ismail Sabri selaku plaintif menyaman Zaid, yang juga anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selepas mendakwa Zaid selaku defendan telah memuat naik dan menyiarkan pernyataan fitnah terhadap plaintif melalui akaun Facebookny­a di bawah profil ‘Zaid Bera’ pada 26 Sept 2017.

Ahli Parlimen Bera itu mendakwa pernyataan fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgu­nakan kuasa yang diberi kepadanya sebagai menteri dan melangkaui bidang kuasa serta mengenepik­an Ketua Pengarah di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah, Pahang dan GIATMARA Cawangan Bera dalam pemilihan kontraktor tempatan untuk projek pemulihan perumahan kos rendah di Bera.

Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu juga membawa maksud bahawa beliau telah mengeluark­an arahan kepada GIATMARA Cawangan Bera bahawa pemilihan kontraktor tempatan di daerah berkenaan akan dijalankan secara tender tertutup selain mendakwa beliau mengarahka­n taklimat kerja kementeria­n dijalankan di pejabat UMNO dan tidak layak menjadi seorang menteri.

Katanya, perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaska­n kedudukan, reputasi peribadi dan politik serta karakterny­a.

Oleh itu, Ismail Sabri menuntut ganti rugi am RM500,000, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah i njunksi menghalang defendan daripada terus mengeluark­an kenyataan sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia