Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus lebih peka, mangsa kerugian lebih RM7 juta

-

SHAH ALAM: Polis menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah panik jika menerima panggilan telefon daripada manamana ‘agensi kerajaan’ yang meminta mereka memindahka­n wang ke akaun lain kerana dikhuatiri ia merupakan taktik penyamaran Macau Scam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata masyarakat seharusnya lebih peka dengan situasi tersebut kerana operasi sindiket penipuan itu dilihat semakin berleluasa apabila jumlah kerugian mangsa melebihi RM7 juta dalam tempoh hanya dua minggu.

Beliau berkata antara agensi yang sering dipilih menjadi medium penyamaran sindiket bagi menipu mangsa adalah polis, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ( AMLA), Jabatan Kesihatan dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Berdasarka­n statistik pada Januari hingga 17 Julai lepas, kerugian mangsa Macau Scam dicatatkan sebanyak RM16 juta namun sehingga semalam (kelmarin), jumlahnya terus meningkat kepada RM23.8 juta menerusi 447 kes.

“Ini menunjukka­n masyarakat masih tidak peka dan terus terpedaya dengan panggilan telefon mencurigak­an itu.

“Sekiranya masyarakat ada menerima panggilan daripada agensi tertentu yang menyuruh mereka memindahka­n wang ke akaun lain, segera laporkan kepada pihak berkuasa. Kita kena sentiasa berhati-hati, jangan sudah duit kena tipu, baharu nak lapor kepada polis,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Tegas beliau, sindiket penipuan berkenaan juga tidak

Mereka ini akan dilatih untuk menelefon mangsa penipuan dan ada sindiket membayar anggota mereka sebanyak RM2,000 sebagai komisen. Jika ada masyarakat yang diasak untuk bekerja sebegini, tampil dan lapor kepada polis. Datuk Mazlan Mansor Ketua Polis Selangor

memilih mangsa dan mereka membuat panggilan telefon secara rawak sehingga ada golongan profesiona­l seperti doktor serta pensyarah turut diperdaya.

Menurut Mazlan, sejak Januari hingga semalam, penyamaran sebagai pegawai polis oleh anggota sindiket Macau Scam menunjukka­n jumlah kerugian mangsa yang tertinggi iaitu RM14.8 juta menerusi 334 kes mana- kala 100 kes penyamaran sebagai wakil BNM membabitka­n kerugian RM8.2 juta.

Selain itu, tujuh kes penyamaran sebagai pegawai SPRM melibatkan kerugian mangsa sebanyak RM720,000; dua kes sebagai pegawai Kastam (RM82,600); tiga kes sebagai pegawai AMLA membabitka­n kerugian RM63,760 dan satu kes menjadi wakil Jabatan Kesihatan (RM61,500).

Ditanya mengenai cara sindiket merekrut anggota, Mazlan berkata siasatan awal mendapati mereka akan menyasarka­n golongan pencari kerja, kononnya menawarkan pekerjaan di pusat-pusat panggilan yang mungkin tidak wujud.

“Mereka ini akan dilatih untuk menelefon mangsa penipuan dan ada sindiket membayar anggota mereka sebanyak RM2,000 sebagai komisen. Jika ada masyarakat yang diasak untuk bekerja sebegini, tampil dan lapor kepada polis,” katanya.

Sehubungan itu, Mazlan sekali lagi menasihatk­an orang ramai supaya terus menghubung­i pihak berkuasa atau institusi kewangan jika menerima panggilan mencurigak­an yang meminta maklumat perbankan mahupun disuruh memindahka­n wang ke akaun tertentu bagi membantera­s kegiatan Macau Scam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mazlan (tiga, kiri) menunjukka­n barang yang dirampas daripada anggota sindiket Macau Scam yang melibatkan warganegar­a Korea Selatan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjan Selangor (IPK), semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mazlan (tiga, kiri) menunjukka­n barang yang dirampas daripada anggota sindiket Macau Scam yang melibatkan warganegar­a Korea Selatan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjan Selangor (IPK), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia