Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM kesan dadah dicampur dalam 30 jenis minuman ringan, teh dan kopi

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengenal pasti 30 jenis jenama minuman ringan, teh dan kopi pracampura­n yang dipeketkan semula setelah dicampur dadah sebelum dijual di pusat-pusat hiburan untuk mengeliruk­an pihak berkuasa.

Pengarahny­a, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata berdasarka­n kepada kajian dan siasatan sejak dua tahun lepas, pihaknya telah mengesan taktik sindiket-sindiket dadah ini melalui beberapa siri operasi serbuan di pusat-pusat hiburan di seluruh negara.

“Antara dadah yang turut dikenal pasti dipasarkan dengan taktik sebegini adalah Eramin 5, ketamin, syabu dan ekstasi,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini semalam.

Menurutnya, taktik sebegini disasarkan kepada golongan remaja yang mengunjung­i pusat-pusat hiburan dan parti-parti liar.

Kata Mohmad, jenamajena­ma minuman yang telah dikenal pasti itu adalah daripada jenis yang mudah diperoleh dan sering digunakan pengguna di seluruh negara.

“Setakat ini, polis mengenal pasti taktik licik sebegini digunakan di pusat- pusat hiburan namun tidak menolak kemungkina­n ia akan turut merebak hingga ke pasaran tempatan di mana ia akan menjadi lebih mudah untuk diperoleh.

“Orang awam dinasihati agar sentiasa berhati- hati dan menyemak dengan teliti sebarang produk minuman yang ingin dibeli agar tidak terbeli produk yang telah dimasukkan dadah,” kata beliau.

Mohmad berkata, pengedaran dadah sebegini merupakan satu ancaman baharu dalam negara dan pihaknya akan berbincang dengan pihak produk jenama terbabit tentang permasalah­an ini yang mungkin boleh ditambah baik dari segi pembungkus­an.

“Sekiranya hal ini dibiarkan, ia boleh mencemarka­n imej pemilik produk tersebut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAYA DIKESAN: Mohmad menunjukka­n bungkusan minuman yang ditukar isinya dengan dadah disyaki jenis syabu sewaktu sidang media kejayaan rampasan dadah oleh JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.
— Gambar Bernama BERJAYA DIKESAN: Mohmad menunjukka­n bungkusan minuman yang ditukar isinya dengan dadah disyaki jenis syabu sewaktu sidang media kejayaan rampasan dadah oleh JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia