Utusan Borneo (Sarawak)

Akta khusus tangani gangguan seksual sedang diteliti: Yeoh

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan satu akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual.

Timbalan Menterinya Hannah Yeoh Tseow Suan berkata setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementeria­n telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan pada 3 Feb lalu bagi membincang­kan kandungan untuk dimasukkan ke dalam akta tersebut.

“Kementeria­n juga akan melakukan kajian dengan mendapatka­n maklum balas masyarakat, data serta kaedah pembuktian dalam kes-kes yang terlibat seterusnya membantu dalam merangka dasar dan strategi menangani isu gangguan seksual,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PHPetaling Jaya) mengenai sejauh mana usaha kerajaan dalam menambah baik undang-undang sedia ada dan memperkena­lkan undangunda­ng baharu mengenai kesaksamaa­n gender dan undang- undang gangguan seksual supaya lebih berkesan dalam melindungi wanita dan kanak-kanak.

Katanya, permohonan peruntukan untuk menjalanka­n kajian tersebut telah dikemukaka­n kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 3 Mac lepas dan masih dalam per- timbangan EPU.

Mengulas lanjut, Yeoh berkata terdapat beberapa peruntukan undang-undang atau kod amalan garis panduan yang diperkenal­kan oleh kerajaan untuk membendung kes-kes gangguan seksual iaitu di bawah Kanun Keseksaan; Pindaan Akta Kerja 1955; Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Garis Panduan Mengendali­kan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmat­an Awam.

“Namun begitu, peruntukan undang-undang sedia ada perlu ditambah baik agar usaha kerajaan membendung gangguan seksual adalah lebih berkesan. Ini kerana, peruntukan di bawah Kanun Keseksaan lebih bersifat umum dan beban pembuktian di dalam kes yang dirujuk perlulah dibuktikan melampaui keraguan munasabah,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n statistik Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), sepanjang tiga tahun lepas (2015 hingga 2017) dilaporkan terdapat 47 kes tindakan tatatertib melibatkan gangguan seksual.

Daripada jumlah itu, 20 amaran dikeluarka­n, sembilan kes melibatkan penangguha­n pergerakan gaji, masing- masing enam kes turun gaji dan buang kerja, empat didenda serta masingmasi­ng satu kes melibatkan pelucutan hak emolumen dan turun pangkat.

“Berbanding populasi penjawat awam yang jumlahnya kira-kira 1.6 juta, kes-kes ini mungkin bukan gambaran sebenar kes yang berlaku kerana berdasarka­n maklum balas yang diterima masih ramai pegawai tidak tahu mengenai garis panduan ini dan ada yang tidak tahu untuk melaporkan kepada siapa.

“Jika mangsa melibatkan pegawai(nya) di bawah kesalahan tersebut, mereka ( mangsa) mungkin akan rasa takut (untuk melaporkan), jadi kita kena mula mengadakan lebih banyak kempen untuk mendidik,” kata Yeoh menjawab soalan tambahan Anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai jumlah kes gangguan seksual dan tindakan yang diambil.

Bagi kes yang dilaporkan kepada Kementeria­n Sumber Manusia melibatkan sektor swasta pula, sebanyak 15 kes dilaporkan sehingga Jun 2018, 24 kes (2017), 26 kes (2016),14 kes (2015), 14 kes (2014) dan 14 kes (2013).

“Jika dilihat, kes-kes ini rendah kerana kod amalan ini tidak wajib terhadap syarikat swasta, dan ramai tidak sedar hak mereka dalam isu melibatkan gangguan seksual, sehubungan itu kementeria­n akan memulakan kempen untuk mendidik semua (orang) dari sektor swasta dan awam supaya sedar hak mereka,” katanya. — Bernama

KPM juga memberi keutamaan kepada permohonan guru atas alasan mengikuti pasangan dan kami turut mempertimb­angkan permohonan kes lain seperti sakit kronik dan ancaman keselamata­n. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

guru atas alasan mengikuti pasangan dan kami turut mempertimb­angkan permohonan kes lain seperti sakit kronik dan ancaman keselamata­n,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Maszlee menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid ( BN- Padang Terap) yang ingin tahu sama ada KPM membekukan permohonan guru dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke Semenanjun­g Malaysia.

Maszlee berkata kekurangan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa bulan lalu adalah berikutan guru yang memohon pertukaran adalah mereka yang mengajar kelas peperiksaa­n penting pada tahun ini.

“Sehingga kelas peperiksaa­n berakhir tahun ini, baharulah permohonan mereka akan dibawa dan ada juga pertukaran guru yang mengajar subjek kritikal iaitu Pendidikan Islam. Kalau mereka (guru mengajar Pendidikan Islam) ditukarkan, maka kami akan terus kekurangan guru bagi subjek tersebut di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Maszlee berkata KPM juga telah menubuhkan satu jawatankua­sa khas untuk melihat mekanisme pelaksanaa­n dan cadangan mewujudkan jawatan Pembantu Guru bagi meringanka­n beban tugas guru di sekolah.

“Kementeria­n amat prihatin dengan beban tugas guru dan KPM juga akan melihat intervensi lain untuk mengurangk­an beban tugas guru secara holistik seperti melibatkan sukarelawa­n dan guru pencen di sekolah-sekolah.

“Hasil laporan daripada jawatankua­sa ini akan dijadikan kertas cadangan untuk pertimbang­an kelulusan Kabinet,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia