Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji beri peluang kepada syarikat selain PUSPAKOM periksa kenderaan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji keperluan memberi ruang kepada penyedia perkhidmat­an pemeriksaa­n kenderaan selain Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaafar berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu akan dimuktamad­kan selepas menerima laporan kajian yang dijangka selesai sebelum hujung tahun ini.

“Bagaimanap­un, jika perkara ini dilaksanak­an, syarikat penyedia perkhidmat­an pemeriksaa­n kenderaan yang baharu perlu mematuhi peraturan dan standard tinggi seperti yang dikenakan ke atas Puspakom selain mengambil kira faktor pasaran kecil dengan kadar fi yang dikawal kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Kamaruddin menjawab soalan Pang Hok Liong (PHLabis) yang ingin tahu sama ada kementeria­n bersedia mengeluark­an lebih banyak lesen kepada syarikat lain untuk bersaing dengan Puspakom.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata pasaran pelanggan atau kenderaan yang diwajibkan melalui pemeriksaa­n berkala amat rendah iaitu dianggarka­n hanya lapan peratus daripada jumlah kenderaan empat roda dan ke atas di negara ini.

“Selain pasaran kecil, penyediaan pemeriksaa­n oleh PUSPAKOM memerlukan pembanguna­n dan operasi yang tinggi iaitu sejak 1995 hingga Jun 2018, PUSPAKOM mengeluark­an belanja operasi sebanyak RM2 bilion dan RM550 juta dibelanjak­an untuk tujuan pembanguna­n,” katanya.

Bagi tempoh lima tahun sejak 2013 hingga 2017, purata perbelanja­an operasi PUSPAKOM ialah RM9.7 juta sebulan manakala purata kutipan hasil sebanyak RM9.9 juta sebulan, iaitu keuntungan lebih RM200,000 setiap bulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia