Utusan Borneo (Sarawak)

Sirul Azhar kini ditahan di pusat tahanan imigresen di Australia

-

KUALA LUMPUR: Australia semalam berkata ia masih belum menerima sebarang permohonan dari Malaysia untuk mengekstra­disi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang memohon perlindung­an di negara itu.

Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata Sirul Azhar, yang dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2009 di Malaysia, kini ditahan di pusat tahanan imigresen di Australia.

“Biar saya jelaskan, dia berada dalam tahanan imigresen. Dia sedang ditahan dan tiada permohonan untuk ekstradisi. Ia telah disahkan oleh (Perdana Menteri Malaysia) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini,” katanya dalam sidang media selepas membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabat Dr Wan Azizah di Parlimen.

Bishop juga ditanya mengenai jangka masa Sirul Azhar dijangka pulang ke Malaysia.

Beliau berkata memandangk­an tiada permohonan berhubung ekstradisi, tidak sesuai bagi beliau untuk spekulasi mengenai tempoh kepulangan­nya.

Pada 2009, Sirul Azhar dan bekas ketua inspektor UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006. Mahkamah Rayuan membatalka­n keputusan itu bagaimanap­un Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n hukuman mati.

Dalam tempoh pembebasan itu, Sirul Azhar melarikan diri ke Australia yang akhirnya dia ditahan pihak berkuasa imigresen.

Ditanya mengenai pendirian kerajaan Australia mengenai kes itu, Bishop berkata pendirian Australia, perkara asas yang akan diambil kira bagi kes ekstradisi sama ada hukuman mati dilaksanak­an di negara yang memohon ekstradisi berkenaan.

Dr Wan Azizah barubaru ini dilaporkan berkata kerajaan Malaysia sedang menimbang pemansuhan hukuman mati mandatori dalam undang-undang berhubung kesalahan jenayah, langkah itu sudah pasti menyebabka­n pihak berkuasa Australia tiada pilihan tetapi menghantar pulang Sirul Azhar.

Ditanya mengenai perkara tersebut, Dr Wan Azizah berkata cadangan pemansuhan hukuman mati adalah antara perkara yang dibincangk­an semasa pertemuan dengan Bishop.

“Kami juga bercakap mengenai hukuman mati, tentang bagaimana Malaysia bercadang untuk memansuhka­n hukuman mati,” kata Dr Wan Azizah.

Berhubung isu itu, Bishop berkata pemansuhan hukuman mati merupakan pendirian yang telah lama diperjuang­kan Australia sama ada dalam negara berkenaan atau di luar negara. — Bernama

Biar saya jelaskan, dia berada dalam tahanan imigresen. Dia sedang ditahan dan tiada permohonan untuk ekstradisi. Ia telah disahkan oleh (Perdana Menteri Malaysia) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Julie Bishop Menteri Luar Australia

 ??  ?? BAHARU: Shell memainkan peranan utama dalam perkembang­an spesifikas­i API CK-4 yang baharu untuk minyak enjin diesel tugas berat.
BAHARU: Shell memainkan peranan utama dalam perkembang­an spesifikas­i API CK-4 yang baharu untuk minyak enjin diesel tugas berat.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat daripada Julie (kiri) di pejabatnya di Parlimen semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat daripada Julie (kiri) di pejabatnya di Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia