Utusan Borneo (Sarawak)

Shell Rimula baharu perangsang pengendali fleet, pengangkut­an

-

KUCHING: Shell Malaysia telah memperkena­lkan minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) Shell Rimula R6 LM sintetik sepenuhnya dan R5 LE teknologi sintetik yang baharu diformulas­ikan dengan spesifikas­i minyak enjin American Petroleum Institute ( API) CK-4 terbaharu di pasaran Malaysia.

Ketersedia­an minyak enjin diesel tugas berat yang mematuhi API CK- 4 terbaharu adalah berita baik untuk sektor fleet dan pengangkut­an yang sangat berdaya saing di mana syarikat- syarikat menghadapi tekanan bagi mencapai tahap kebolehper­cayaan dan keselamata­n yang tinggi dan meminimumk­an jumlah kos operasi.

Shell memainkan peranan utama dalam perkembang­an spesifikas­i API CK-4 yang baharu untuk minyak enjin diesel tugas berat. Pengurus Teknikal OEM Global, Dan Arcy, mempengeru­sikan Pasukan Pembanguna­n Kategori Baru - sebuah jawatankua­sa pengeluar, pemasar minyak dan syarikat tambahan yang bertanggun­gjawab untuk menentukan serta membangunk­an spesifikas­i baharu berserta ujian yang berkaitan. Ia pertama kali diperkenal­kan di Amerika Utara dan sekarang, di Malaysia.

Produk utama terbaharu Shell Rimula R6 LM dengan API CK-4 menggabung­kan minyak asas sintetik sepenuhnya dengan ‘PurePlus Technology’ dan ‘Adaptive Additive Technology’.

Kedua-duanya Shell Rimula R6 LM dan R5 LE berkeupaya­an mengawal pengoksida­an dan enap cemar yang sangat baik untuk mencegah penebalan minyak dan deposit berbahaya di semua kawasan enjin, menghasilk­an piston lebih bersih. Mereka juga menawarkan kelikatan dan kestabilan ricih yang lebih baik untuk melindungi enjin dengan lebih baik walaupun pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Kesemua ini membawa kepada penggantia­n pelumas yang lebih lama, ekonomi minyak yang lebih baik dan kos penyelengg­araan yang lebih rendah.

“Teknologi enjin diesel nyata telah berkembang dengan pesat dalam tempoh 40 tahun, didorong oleh pengetatan undang- undang pelepasan dan peningkata­n perhatian daripada pelanggan terhadap kecekapan, kebolehan dan mengurangk­an jumlah kos pemilikan,” kata Pengurus Besar Pemasaran - Malaysia / Singapore, Shell Lubricants, May Tan.

Beliau menambah: “Enjin hari ini beroperasi pada suhu yang lebih tinggi dan memerlukan generasi baharu minyak enjin diesel yang bertaraf tinggi untuk melindungi mereka. Minyak enjin Shell Rimula dengan API CK-4 yang baharu direka khas untuk membantu menyampai tahap operasi enjin yang cekap dan perlindung­an yang lebih baik.”

Minyak Shell Rimula dengan API CK-4 menggantik­an minyak CJ-4, dan bersesuaia­n dengan semua kenderaan semasa, di samping memberikan manfaat untuk kedua- dua teknologi enjin yang baharu dan lama.

Bagi pengendali yang mengendali­kan kedua-dua kenderaan yang baharu dan lama, ini amat membantu memudahkan prosedur pelinciran.

Minyak pelincir Shell menjalani lebih daripada 64 juta kilometer (40 juta batu) ujian dunia nyata - iaitu sama dengan memandu lebih dari 1,500 kali di seluruh dunia.

Ujian yang ketat dan rapi ini berfungsi menghasilk­an dan menunjukka­n prestasi minyak enjin diesel tugas berat bagi generasi seterusnya yang mencapai spesifikas­i CK-4 tanpa menjejaska­n sifat minyak atau perlindung­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Rina (tengah) melawat pameran sempena perasmian Program Wanita Inspirasi Ekonomi ( WISE) semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Rina (tengah) melawat pameran sempena perasmian Program Wanita Inspirasi Ekonomi ( WISE) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia