Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO buru majikan tidak berdaftar dalam Ops Kesan 2018

-

BANGI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) telah mengeluark­an sebanyak 18,437 notis kompaun kepada majikan bernilai RM13.52 juta, atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja sejak Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) dimulakan pada 2009 hingga 30 Jun tahun ini.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 12,392 kes telah diambil tindakan pendakwaan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, 4,019 kes atau 32.43 peratus adalah atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja.

“Walaupun kita telah melaksanak­an Ops Kesan ini setiap tahun, PERKESO percaya masih terdapat majikan-majikan yang ada menggaji pekerja tetapi belum mendaftar terutamany­a majikan-majikan yang baru menyertai industri,” katanya dalam sidang media selepas mengetuai program penguatkua­saan ke atas dua majikan di Bandar Sri Putra, Kajang semalam.

Terdahulu, Mohammed Azman merasmikan pelancaran Ops Kesan Peringkat Kebangsaan kali ke-10 di Bandar Baru Bangi.

Operasi melibatkan kira-kira 500 orang petugas bahagian penguatkua­saan PERKESO itu dijalankan serentak di seluruh negara sehingga akhir tahun ini bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar.

Selain mengesan majikan yang belum mendaftar di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Ops Kesan tahun ini juga akan memberi tumpuan kepada majikan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017 (Akta 800) yang berkuatkua­sa mulai 1 Januari 2018.

“Kegagalan majikan mendaftar di bawah kedua- dua Akta itu boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau keduaduany­a, sekiranya sabit kesalahan di mahkamah,” kata Mohammed Azman.

Bagaimanap­un, beliau menambah bagi Akta 800, majikan tidak akan terus dikenakan kompaun sebaliknya mereka akan diberi Arahan Pematuhan yang perlu diselesaik­an dalam tempoh 30 hari bermula tarikh surat dikeluarka­n.

“Ia akta baru yang belum semua majikan tahu dan jelas mengenainy­a. Kita tidak terus salahkan majikan.

“Oleh itu, arahan pematuhan tersebut bertujuan supaya majikan hadir ke mana-mana pejabat cawangan PERKESO, mendaftar atau tunjuk bukti bahawa mereka telah mendaftar, supaya kita dapat maklumat dan rekod mengenai perusahaan dan pekerja mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia