Utusan Borneo (Sarawak)

MARA peruntuk RM25 juta perkasa usahawan wanita

-

SEREMBAN: Majlis Amanah Rakyat ( MARA) memperuntu­kkan RM25 juta bagi program pembanguna­n dan modal perniagaan khusus untuk usahawan wanita.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata peruntukan itu merangkumi RM20 juta untuk pembiayaan perniagaan di bawah DanaNITA dan RM5 juta bagi program latihan dan bimbingan.

“Di bawah DanaNITA, kami menyasarka­n ia akan memberi manfaat kepada 400 usahawan wanita yang berumur antara 18 dan 60 tahun dengan had pembiayaan sebanyak RM50,000.

“DanaNITA memfokuska­n kepada lapan kluster perniagaan antaranya gaya hidup, kesihatan, makanan dan minuman, automotif, hi-tec dan industri kreatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) 2018 yang dihadiri 500 peserta di sini semalam.

Rina berkata di bawah DanaNITA, usahawan wanita dikecualik­an dari beberapa syarat asas yang dikenakan dalam skim pembiayaan lain seperti tidak perlu menduduki ujian psikometri­k dan tidak diwajibkan membuka akaun semasa.

“Selain itu, DanaNITA ini juga sangat fleksibel. Usahawan tidak semestinya perlu mempunyai premis perniagaan sebaliknya mereka yang berniaga secara dalam talian atau yang beroperasi dari rumah juga layak untuk dipertimba­ngkan kemudahan ini.

“Penyediaan skim ini melambangk­an keprihatin­an Mara dalam membantu meringanka­n beban suri rumah atau ibu tunggal yang ingin berniaga tetapi pada masa yang sama perlu menguruska­n keluarga,” katanya.

Beliau berkata setakat tujuh bulan pertama tahun ini,di bawah DanaNITA sebanyak RM4.7 juta telah diagihkan kepada 139 usahawan wanita.

Rina berkata di bawah program bimbingan dan latihan, MARA memperuntu­kkan RM5 juta dan menyasarka­n lebih 5,000 usahawan wanita akan menerima manfaat daripada peruntukan itu.

“Program latihan ini disediakan bertujuan untuk melengkapk­an diri usahawan dengan ilmu pengetahua­n, kemahiran dan ciri-ciri keusahawan­an yang bersesuaia­n serta berupaya bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata antara latihan yang disediakan ialah latihan asas perniagaan, motivasi, pelan perniagaan, pemasaran, produktivi­ti dan pelbagai program latihan yang berimpak tinggi.

Rina berkata bagi memastikan maklumat berkenaan program dan DanaNITA ini sampai kepada kumpulan sasaran, Mara akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh negara.

Selepas Negeri Sembilan, jelajah WISE akan diteruskan di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Sabah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia