Utusan Borneo (Sarawak)

Calon PKR Sungai Kandis tekad laksana agenda reformasi

-

SHAH ALAM: Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bertekad melaksanak­an lima agenda reformasi termasuk memperjuan­gkan dasar-dasar kerajaan Selangor yang memelihara kepentinga­n rakyat jika diberi mandat menjadi wakil rakyat pada Sabtu ini.

Mohd Zawawi berkata memelihara kepentinga­n rakyat itu termasukla­h memastikan tiada amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbira­n kerajaan.

Beliau seterusnya mahu pengundi DUN Sungai Kandis berdiri teguh dan menyokong pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbukti cekap, adil dan sentiasa mem- erangi rasuah dalam tadbir urus kerajaan.

Calon PKR itu juga berikrar akan memastikan sebuah kerajaan yang profesiona­l dan terhindar daripada campur tangan politik dalam urusan pentadbira­nnya termasuk dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selain bersama kerajaan PH yang memberi kebebasan maklumat kepada sesiapa sahaja termasuk pihak media.

“Ini termasuk memastikan kerajaan Pakatan tidak akan menyembuny­ikan apa- apa maklumat selagi maklumat itu tidak bertentang­an dengan undang-undang atau menyentuh isu berkaitan kerahsiaan dan keselamata­n negeri atau negara,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Perdaganga­n Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Nik Mohd Yusoff Nik Ismail.

Menurut Mohd Zawawi, agendanya yang terakhir ialah untuk memberi tumpuan sepenuhnya berkhidmat sebagai pemimpin yang berjuang untuk rakyat.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan akan sentiasa membawa suara rakyat ke dalam DUN Selangor supaya dapat didengari dengan adil dan tanpa pilih kasih.

Katanya DUN negeri juga tidak memerlukan suara tambahan daripada parti pembangkan­g yang tidak akan mampu menjaga kebajikan rakyat kerana kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n ketika ini di bawah pentadbira­n PH.

Sementara itu, Nik Mohd Yusoff berkata DPIM Selangor menyokong penuh pencalonan Mohd Zawawi sebagai calon PRK Sungai Kandis kerana percaya beliau mampu meneruskan agenda PH untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada hari pengundian Sabtu ini Mohd Zawawi berdepan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K.Murthy.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOTOR: Mohd Zawawi semasa melakukan tinjauan pengaliran air longkang tersumbat di Kawasan Perindustr­ian AMJ Jalan Lengkuk Batu di Klang semalam.
— Gambar Bernama KOTOR: Mohd Zawawi semasa melakukan tinjauan pengaliran air longkang tersumbat di Kawasan Perindustr­ian AMJ Jalan Lengkuk Batu di Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia