Utusan Borneo (Sarawak)

PAS tidak ada arahan pilih calon PRK DUN Sungai Kandis

-

KOTA BHARU: PAS masih tetap dengan pendirian menyerahka­n kepada kebijaksan­aan anggotanya untuk mengundi calon pilihan mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan mengenai perkara itu berdasarka­n kepada kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini.

“PAS tetap dengan pendirian menyerahka­n kepada kebijaksan­aan anggota dan kita tiada arahan spesifik mengenai perkara itu dan PAS juga tidak turun berkempen pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Sebelum ini, Takiyuddin meminta anggota PAS di Sungai Kandis membuat pilihan berpanduka­n pertimbang­an yang wajar demi kepentinga­n Islam dan orang Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan adalah kekal sebagaiman­a sebelum PRU14 yang lepas.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandang­nya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Ia menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara calon PKR, pengetua Maahad Tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; calon BN, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, pesara kerajaan K.Murthy. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia